Followers

Wednesday, March 25, 2009

Pemanasan Global-sedarkah kita???

Pemanasan global merupakan masalah atau isu yang sering dipropagandakan oleh media massa pada ketika ini. Tahukah anda semua tentang pemanasan global @ global warming.
Sebenarnya pemanasan global adalah merupakan kesan dari kenaikan suhu bumi yang meningkat dari semasa ke semasa. Kenaikan suhu ini adalah disebabkan oleh banyaknya kandungan gas karbon dioksida di permukaan bumi yang bertindak sebagai lapisan. Lapisan Co2 ini akan memerangkap haba yang sampai ke permukaan bumi (dibebaskan oleh matahari). Maka oleh itu, suhu permukaan bumi akan terjejas dgn teruknya dan boleh membawa banyak kecelakaan kepada kehidupan di dunia. Antara keburukan pemanasan global adalah pencairan ais di kutub utara dan selatan yang membawa kepada kenaikan paras air dunia. Dianggarkan, menjelang 2050, paras air dunia akan naik sebanyak lebih kurang 1 meter. Cuba bayangkan apa akan terjd kepada kawasan rendah. Semestinya ini merupakan bala kepada mereka semua.

Pemanasan global juga mengundang kepada kepupusan hidupan-hidupan liar terutamanya yang hidup dikawasan pesisir pantai dan di sekitar ekosistem paya bakau. Kenaikan paras air laut akan mengubah struktur ekosistem dikawasan paya bakau dan menyebabkan kemusnahan habitat asal kehidupan disitu. Haiwan2 seperti bangau, biawak dan buaya akan mencari alternatif lain untuk hidup. Mereka perlu menyesuaikan diri mereka dgn keadaan sekeliling. Maka ini boleh menyebabkan gangguan terhadap kehidupan manusia dimana haiwan2 seperti buaya akan mencari habitat baru untuk hidup dan menganggu kehidupan manusia.

Pemanasan Global juga akan memberi kesan terhadap kehidupan manusia. Ia akan menyebabkan peningkatan kadar penyakit di dunia. Sesetengah tempat akan mengalami kemarau yang teruk dan disesetengah tempat pula akan mengalami banjir yang teruk. Contohnya adalah seperti yang telah berlaku di Johor baru2 ini dimana tempat yang selamat dari banjir telah dilanda banjir. Malahan lebih teruk dari yang biasa berlaku di pantai timur. Kehidupan manusia juga akan terjejas teruk dari keadaan ini. Kesan dari global warming akan menyebabkan peningkatan kadar penyakit di dunia. Banyak bayi yang baru lahir mati disebabkan oleh suhu yang terlalu tinggi. Terdapat juga pengurangan sumber makanan bagi kehidupan bumi akibat dari kemusnahan tanaman dan tumbuhan.

Pemanasan global merupakan perkara serius dan global. Isu ini hendaklah diutamakan dan didahulukan dari isu2 yang lain. Semoga apa yang berlaku sekarang tidak akan berlaku kepada anak dan cucu kita dimasa hadapan.




Earth Hour 2009

Ambillah masa selama 1 jam untuk menyumbang kepada keprihatinan anda dalam isu alam sekitar dan pemanasan global. Hentikan penggunaan elektrik dari 8.30 mlm sehingga 9.30 mlm pada 28 mac 2009. Semoga langkah kecil kita ini akan membawa kepada kesejahteraan sejagat.

Tutup lampu pada 28/3/2009
8.30 mlm - 9.30 mlm


2 comments:

  1. aku pn nak ttp lampu motor aku..
    eh silap..lampu rumah,tp ak ade 2 rumah..
    so cane nk ttp dalam masa yg sama?
    heheehhe

    ReplyDelete
  2. Jat kalo kes macam ko ni aku rase baik ko tutup mate je selama sejam..hahahahhaha...gerenti gelap..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...