Followers

Wednesday, January 12, 2011

12 JANUARI 2011 SAMBUTAN 111 TAHUN KAMPONG BHARU (1900-2011)

KAMPUNG BARU ADALAH ANTARA KAMPUNG YANG TERTUA DI MALAYSIA DAN TERLETAK DI TENGAH-TENGAH IBU KOTA MALAYSIA KUALA LUMPUR. TERLETAK DI KAWASAN YANG DI GELAR SEGI TIGA EMAS. KAMPUNG BARU TERUS HIDUP DI KELILINGGI OLEH HUTAN BATU YANG TINGGI MENCAKAR LANGIT. KAMPUNG BARU JUGA DIKENALI SEBAGAI SYURGA MAKANAN KERANA TERDAPAT PELBAGAI RESTORAN MAKANAN. ANTARA KAMPUNG YANG TERDAPAT DI DALAM JAJAHAN KAMPUNG BARU DAN DI TADBIR OLEH LEMBAGA MALAY AGRICULTURAL SETTLEMENT (M.A.S) IALAH:-


1. Kampung Periok
2. Kampung Masjid
3. Kampung Atas A
4. Kampung Atas B
5. Kampung Hujong Pasir
6. Kampung Paya
7. Kampung Pindah

SETIAP KAMPUNG MEMPUNYAI SEORANG KETUA YANG MENJAGA KAMPUNG TERSEBUT.




SEJARAH WUJUDNYA LEMBAGA PENTADBIR KAMPONG BHARU (MAS)
Kampong Baru Kuala Lumpur yang terletak di tengah-tengah kesibukan ibu kota adalah merupakan perkampungan Melayu yang telah lama diwujudkan. Penubuhannya banyak menceritakan tentang sejarah perjuangan orang-orang Melayu dari zaman penjajahan Inggeris sehinggalah zaman memperjuangkan kemerdekaan.

Penubuhannya bermula pada hari ini apabila satu Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 20 bertarikh 12 Januari 1900 dikeluarkan mengenai `The Malay Agricultural Settlement' dan pada tarikh yang sama satu lembaga untuk mentadbirkannya dilantik. Perlantikan Ahli Lembaga Malay Agricultural Settlement telah dibuat oleh Pemangku Resident British pada masa itu H. Conway Belfield.

Lembaga ini dipengerusikan oleh Raja Muda, Naib Pengerusi D.G. Campbell dan ahli-ahli lain ialah J.H. M. Robinson, A. Hale dan Tamby Abdullah. Mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor tersebut, Lembaga Pentadbir ini adalah bertanggungjawab kepada Residen British bagi menguruskan pentadbiran Kampong Bharu yang luas kawasannya lebih kurang 89.63 Hekter. Luas kawasan ini kemudiannya telah dipinda kepada lebih kurang 89 hekter sahaja.

Pindaan ini telah diwartakan di dalam Warta Kerajaan No. 530 bertarikh pada 20 September 1901.Di antara tugas-tugas Lembaga Pentadbir Kampong Bharu ini adalah:-

1. Lembaga Pentadbir ini boleh membenarkan sesiapa saja yang berbangsa Melayu memohon untuk tinggal di Kampong Bharu. Luas kawasan yang diperuntukkan adalah tidak melebihi 0.8 hekter bagi tiap-tiap seorang pemohon.

2. Adalah hak Lembaga Pentadbir mengarahkan penduduk Kampong Bharu ini agar mengerjakan tanah mereka serta menjaganya terutama- nya dari segi kawalan kebersihan.


3. Lembaga Pentadbir berhak mengarahkan anak-anak penduduk Kampong Bharu belajar di sekolah-sekolah yang telah dipilih oleh Lembaga, Penduduk yang engkar boleh diperintah pindah.


4. Penduduk yang ingin pindah dari Kampong Bharu ke tempat lain boleh memberikan lot tempat tinggalnya kepada orang lain dengan mendapat kelulusan dari pihak Lembaga Pentadbir.
Oleh itu dengan tertubuhnya Lembaga Pentadbir Kampong Baru maka kawasan penempatan pertanian di Kuala Lumpur ini telah dapat dimajukan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...