Pernah nasihat atau
tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan
yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur
kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.??
1.
Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
-Yang
pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah.
2.
Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila
Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan
perintah Allah itu. “Apahal pulak
aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah seperti tudung. Tudung pula
yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi
jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang
bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah
itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa
betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci,
iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa
perlu menutup aurat?
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka
jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi
mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta
nafsu yang membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang
kepada individu yang memandang kami.
-Seksi
atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan
berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak
susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami
serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka
tidak menegur dan gagal mendidik kau.
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
-Berani
cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah
Allah, Neraka tempatnya.
10.
Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk
disesuaikan dalam scene. (ayat
artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan
Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum
sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia
muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow
la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak
la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit
kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau
begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai
wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan
amat sukar untuk diperolehi.
Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam
jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara?
Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang
cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok
di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh
kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu
kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”
thanks for sharing. insyaALLAH, mohon segala dipermudahakn untuk saya memilih yang benar. Thanks again. :)
ReplyDeleteterima kasih atas penyedaran ini.
ReplyDeletesalam kenal
ReplyDeletesaya sukaa dengan blog anda...
saya berharap anda dapat berkunjung ke blog saya
http://wahyu-amanullah.blogspot.com/
Artikel yg bagus....
ReplyDeletesila visit my blog http://manusia-dahsyat.blogspot.com
postingannya bikin percaya dirii
ReplyDeletebaguuus :)
salam kenal ya
http://rarasirara.blogspot.com
entry yang memberi kesedaran.. sama-sama menjadi lebih baik.. insyaAllah..
ReplyDeletebagus entry ni.. nk share boleh... : )
ReplyDeletehttp://sehati0818.blogspot.com/