Followers

Friday, May 20, 2011

KENAPA MATI HARI JUMAAT...??




Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik..

Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...mungkin makhluk halus ada menetap disitu. Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa org doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur... Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus..
Masa berputar...
pukul 08:00am..
08:30am sehingga jam 9.00 am ...





tiba-tiba......




Pintu bilik ICU itu terbuka....

Kemudian masuklah Makcik Timah Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..
Makcik Timah masuk...
mendekati katil keramat tersebut...
dan terus mencabut....




soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan..





vacuum cleanernya....

Wednesday, May 18, 2011

ABANG vs AYANG


surat ayang kpd abg...

 Dear abang,  
 Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

 Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

 Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

 Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

 Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance...ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

 Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

 Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

 Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

 Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

  • ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG.
  • ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG.
  • ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG.
  • ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG.
  • ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG.
  • ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG.
  • ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR.


 Love,
 ayang



      ni abang lak bagi....  
   
Dear Ayang,  
 Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..
   
  Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..  
   
  Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..
  Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..
 sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..
   
  Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..
   
  Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan .....bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..
   
  Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi  piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahahahahha

AKTA 15 - Undang2 Yang Ramai Tak Tahu

Sepasang kekasih baru bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating...
Hamid : 'Kita nak kemana nie?'
Rosni : 'Tak kisah la.. mana-mana pun boleh'
Hamid : 'Apa kata kalau kita ke pantai..'
Rosni : 'Saya ok aje..'

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta... mereka hanya berehat sambil berbual-bual di dalam kereta. Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan.. Hamid meletakkan tangannya dipaha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya­ beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah... hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan..

'Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial'. Setelah mendengarkan teguran Rosni itu..
Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..
Hamid : 'Maafkan saya'
Rosni : 'Tak apa'
Lalu mereka pulang... Di rumah.. Hamid terus masuk
ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya.­..
'…Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja'

Saturday, January 29, 2011

HAPPY BIRTHDAY...!!


  • ari ni genap lah usia aku 27 tahun...
  • tp apasal aku rase masih mude jek erk?? sambil merenung wajah di cermin. (hehehehehehe...)
  • terima kasih kpd member², sahabat handai, rakan taulan, adek beradik, dan saudara saudari yg memberikan ucapan 'Ulang Tahun Kelahiran' kpd saye. semoga saye diberikan kesihatan yg sempurna & di panjangkan usia. (amin..)

Wednesday, January 12, 2011

12 JANUARI 2011 SAMBUTAN 111 TAHUN KAMPONG BHARU (1900-2011)

KAMPUNG BARU ADALAH ANTARA KAMPUNG YANG TERTUA DI MALAYSIA DAN TERLETAK DI TENGAH-TENGAH IBU KOTA MALAYSIA KUALA LUMPUR. TERLETAK DI KAWASAN YANG DI GELAR SEGI TIGA EMAS. KAMPUNG BARU TERUS HIDUP DI KELILINGGI OLEH HUTAN BATU YANG TINGGI MENCAKAR LANGIT. KAMPUNG BARU JUGA DIKENALI SEBAGAI SYURGA MAKANAN KERANA TERDAPAT PELBAGAI RESTORAN MAKANAN. ANTARA KAMPUNG YANG TERDAPAT DI DALAM JAJAHAN KAMPUNG BARU DAN DI TADBIR OLEH LEMBAGA MALAY AGRICULTURAL SETTLEMENT (M.A.S) IALAH:-


1. Kampung Periok
2. Kampung Masjid
3. Kampung Atas A
4. Kampung Atas B
5. Kampung Hujong Pasir
6. Kampung Paya
7. Kampung Pindah

SETIAP KAMPUNG MEMPUNYAI SEORANG KETUA YANG MENJAGA KAMPUNG TERSEBUT.




SEJARAH WUJUDNYA LEMBAGA PENTADBIR KAMPONG BHARU (MAS)
Kampong Baru Kuala Lumpur yang terletak di tengah-tengah kesibukan ibu kota adalah merupakan perkampungan Melayu yang telah lama diwujudkan. Penubuhannya banyak menceritakan tentang sejarah perjuangan orang-orang Melayu dari zaman penjajahan Inggeris sehinggalah zaman memperjuangkan kemerdekaan.

Penubuhannya bermula pada hari ini apabila satu Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 20 bertarikh 12 Januari 1900 dikeluarkan mengenai `The Malay Agricultural Settlement' dan pada tarikh yang sama satu lembaga untuk mentadbirkannya dilantik. Perlantikan Ahli Lembaga Malay Agricultural Settlement telah dibuat oleh Pemangku Resident British pada masa itu H. Conway Belfield.

Lembaga ini dipengerusikan oleh Raja Muda, Naib Pengerusi D.G. Campbell dan ahli-ahli lain ialah J.H. M. Robinson, A. Hale dan Tamby Abdullah. Mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor tersebut, Lembaga Pentadbir ini adalah bertanggungjawab kepada Residen British bagi menguruskan pentadbiran Kampong Bharu yang luas kawasannya lebih kurang 89.63 Hekter. Luas kawasan ini kemudiannya telah dipinda kepada lebih kurang 89 hekter sahaja.

Pindaan ini telah diwartakan di dalam Warta Kerajaan No. 530 bertarikh pada 20 September 1901.Di antara tugas-tugas Lembaga Pentadbir Kampong Bharu ini adalah:-

1. Lembaga Pentadbir ini boleh membenarkan sesiapa saja yang berbangsa Melayu memohon untuk tinggal di Kampong Bharu. Luas kawasan yang diperuntukkan adalah tidak melebihi 0.8 hekter bagi tiap-tiap seorang pemohon.

2. Adalah hak Lembaga Pentadbir mengarahkan penduduk Kampong Bharu ini agar mengerjakan tanah mereka serta menjaganya terutama- nya dari segi kawalan kebersihan.


3. Lembaga Pentadbir berhak mengarahkan anak-anak penduduk Kampong Bharu belajar di sekolah-sekolah yang telah dipilih oleh Lembaga, Penduduk yang engkar boleh diperintah pindah.


4. Penduduk yang ingin pindah dari Kampong Bharu ke tempat lain boleh memberikan lot tempat tinggalnya kepada orang lain dengan mendapat kelulusan dari pihak Lembaga Pentadbir.
Oleh itu dengan tertubuhnya Lembaga Pentadbir Kampong Baru maka kawasan penempatan pertanian di Kuala Lumpur ini telah dapat dimajukan.



Friday, January 7, 2011

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW


Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah
Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.
Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMU.





Thursday, December 30, 2010

TAHNIAH BUAT TEAM BOLA SEPAK KEBANGSAAN

gambar² yg menarik perhatian aku sepanjang demam bola nih...

copy paste dari blog http://telordibasuh.blogspot.com/









Tuesday, December 28, 2010

Nike Jacket As Malaysia N98 Track

Baju Idaman ku . . .


sweater ni sgt menarik sbb kaler kuning. mmg pebret aku. mmg nak kene sambar satu nih. agak² sape ar nak bg present "Nike Jacket As Malaysia N98 Track" ni kat aku erk..?! klu de sesape yg nak bg tu tlg ar beli size 'M' ye..
hahahahahahaha....
sgt bertuah klu dpt bufday present nih pd 29 Jan 2011 nnt...
wah, x sabar lak nak tgu bln Januari...
(Januari Oh Januari)..
ahaks...!!









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...