Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila. Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis berlari keliling kolam renang tu. Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat ke dalam kolam.... apa lagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukan, Si Hanif dengan pantas membalut kawannya tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanya ke dalam bilik mereka. Keesokan harinya, Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. (Kira pegawai ler tu). Apabila melihat wajah Si Hanif, lalu pegawai rumah tersebut mula berkata, "Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras. Namun, saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung." Dengan muka selamba Si Hanif pun menjawab, "Tidak tuan, dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".
Hahaha...
ReplyDeleteMemang sah gila!
semat gila criter bro! idea sndri ka?
ReplyDeletehaha..thumbs up!!
ReplyDelete