Kes tak bertegur sape
Terjadi satu hari Pak Pandir dan Mak Andih berselisih faham... dan tak bertegur sapa..
Pak Pandir nak bangun pagi pada esoknya.. tak tau macam mana nak bagitau Mak Andih supaya kejutkan dia pagi esoknya..
Pak Pandir ni dapat idea.. lalu dia tulis satu nota:-
"KEJUTKAN ABANG!! PUKUL 6.30 PAGI ESOK"
Esoknya Pak Pandir ni terlewat bangun... dia nak marah pun ada... nak ketawa pun ada kat isterinya. Nak tahu kenapa?...
Pak Pandir terjumpa la nota
"BANG!! BANG!! BANGUN BANG! DAH PUKUL 6.30 PAGI"
______________________________________________________________
Kek Hari Jadi
Pak Pandir telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya Mak Andih. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata Pak Pandir.
Esoknya, Pak Pandir datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka oleh Mak Andih di depan tetamu undangan yang lain, Mak Andih setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:
"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH." Pak Pandir hanye tersenyum memandang dari depan.. Mungkin Mak Andeh terharu agaknye...
______________________________________________________________
Makanan Itali
Kerana bosan makan di rumah, Pak Pandir membawa Mak Andih ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal. Walaupun tidak pernah masuk ke situ atau memesan hidangan Itali sebelum ini, Pak Pandir tetap bermuka selamba. Tambahan pula dia ingin membuatkan Mak Andih kagum. Apa bila tiba dimeja, pelayan memberikan buku menu dan pasangan berkenaan melihat senarai hidangan. Beberapa minit kemudian, Pak Pandir dengan bangganya memanggil pelayan untuk membuat pesanan.
"Err..., Berikan saya Giuseppe Spombalucci untuk dua orang!" kata Pak Pandir.
Pelayan itu tercenggang.
Pak Pandir mula berang "Mengapa? awak takut saya tak ada duit untuk bayar bil nanti ke?"
"Minta maaf encik, Giuseppe Spombalucci tu nama pemilik restoran ini!" Kata pelayan itu...
Hahaha...
ReplyDeleteApalah Pak Pandir dan isteri beliau ni.
(n_n)