Followers

Monday, April 27, 2009

PICNIC @ ULU YAM WOOD, 26 APRIL 2009.

LOKASI PERKHELAHAN
'THE WOODS RESORT'
ULU YAM
.


Idi melayan perasaan di kawasan kejadian.


kawasan mandi manda "TEAM SAYAP"


Syuk


Rudy Syah (aku la tu...)


bekerjasama memasang kemah.
ape yg penting??
KERJASAMA...!!


Syuk ngan Roshan menghidupkan bara api utk BBQ...


ayam BBQ yg belum di bakar.


kerjasama membuat ampaian.


sesi membuat sanwich sambil mengumpat Puan Hamidah...


pasangan bahagia...
Azrif & Ashley bermain bersama Alya.


kak Nik makan tanpa menghiraukan objek2 yg berada disekeliling...


tukang bakar ayam...


woi, 'SAYAP' tu aku punye...!!!


Alya pown mandi gak ngan ayah beliau...


Alya with father (cikgu Syam).


kanak2 riang bersama cikgu 'SAYAP'...


adengan romantik...


aksi gedik...
(hahahaha....)



cikgu pown layan mamee gak...


xtvt polo air...


Nazirah a.k.a 'SAYAP' ngan Alya...
(weh, bnyk nye gamba Alya??)


Syuk & Azrif siap packing kemah...


"TEAM SAYAP"


Friday, April 24, 2009

"MEMASYARAKATKAN MASJID"

Khutbah Jumaat - 24 April 2009/28 Rabiul Akhir 1430H.


Muslimin yang dirahmati Allah,

Marilah kita bertakwa kepada Allah S.W.T., dengan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Semoga dengan itu, kita akan sentiasa dirahmati Allah S.W.T. didunia mahupun diakhirat.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Masjid ialah rumah Allah dan juga pusat pembentukkan masyarakat, yang dapat memainkan peranan kearah meningkatkan syiar Islam. Masjid tidak hanya terbatas kepada ibadat khusus sahaja, seperti ibadat solat. Sebaliknya, konsep dan falsafah masjid yang telah ditunjukkan dan diperkatikkan oleh sirah Rasulullah S.A.W. merangkumi semua aspek termasuk perhubungan diantara manusia dengan Allah dan antara manusia sesama manusia. Sebagai contoh, masjid Nabawi di Madinah, adalah menjadi nadi kepada keutuhan masyarakat dan negara Islam pertama, pusat perpaduan dan lambang kekuatan Islam.

Sirah Rasulullah S.A.W. merangkumi semua aspek termasuk perhubungan diantara manusia dengan Allah dan antara manusia sesama manusia. Sebagai contoh, Masjid Nabawi di Madinah , adalah menjadi nadi kepada keutuhan masyarakat dan Negara Islam pertama, pusat perpaduan dan lambang kekuatan Islam.

Memasyarakatkan masjid bererti menjadikannya berperanan dengan lebih luas sebagaimana kesyumulan Islam itu sendiri seperti pusat pentadbiran, kebudayaan, ekonomi, dakwah Islamiah, aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan, pendidikan dan tarbiah, pusat perundangan, riadah, sumber maklumat, pusat khidmat dan nasihat, pusat ekonomi dan penyatuan ummah.


Sidang Jumaat yang mulia,

Masjid adalah rumah Allah yang dibina untuk memenuhi semua keperluan kehidupan umat Islam. Kemakmuran sesebuah masjid lazimnya bergantung kepada keberkesanan pegawai dan keseluruhan jawatankuasanya, keprihatinan dan rasa bertanggungjawab anak kariahnya serta jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampungnya atau persatuan penduduknya . Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Taubat ayat 18 :

"Sesungguhnya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk".

Dasar memasyarakatkan masjid ini adalah saranan Kerajaan Negeri yang dipertanggungjawabkan melalui jabatan Agama Islam Selangor. Selaras dengan itu ia bertanggungjawab memantau kemajuan dan pembangunan masjid melalui pegawai-pegawai penyelaras diperingkat Negeri dan Daerah semata-mata ingin melihat bahawa masjid akan terus membangun dan makmur.


Pemantauan yang dibuat antaranya :-

(1) Memastikan pengimarahannya menjadi pusat pengembangan ilmu .

(2) Memastikan pentadbiran dan pengurusan yang cemerlang dengan wujudnya pusat pentadbiran masjid seperti pejabat, peralatan pejabat yang lengkap, dewan mesyuarat yang menepati keperluan, perjalanan mesyuarat bulanan terjadual, mesyuarat tahunan yang kemas dengan laporan aktiviti dan kewangan yang telus dan pentadbiran senarai anak kariah yang sentiasa terpantau.

(3) Memastikan aktiviti kebersihan dan keceriaan masjid.

(4) Memastikan aktiviti ekonomi seperti kutipan mingguan Jumaat, tanah wakaf dan sebagainya.

(5) Memastikan aktiviti kemasyarakatannya untuk semua peringkat seperti program mesra remaja contohnya program 'Summer Camp', motivasi, tusyen, laman web masjid, program mesra keluarga, program mesra msyarakat, program kebajikan dan lain-lain.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sebenarnya, kejayaan memasyarakatkan masjid itu sangat bergantung kepada sejauh mana peranan dan fungsi yang dijalankan dapat menarik minat msyarakat Islam disekelilingnya dan mengubah masyarakat kepada cenderung beribadat dan menggunakan masjid tersebut untuk kebaikkan dan kebajikan.

Antara peranan yang perlu dilakukan oleh masjid untuk memasyarakatkan umat Islam kearah cemerlang ialah :

(1) Menyusun struktur kerja Masjid.

Salah satu ciri kejayaan sesebuah masjid untuk menjadi pusat pentadbiran dan perkembangan masyarakat Islam adalah terletak pada jawatankuasa kerja yang dinamik dan berkalibar.

(2) Melahirkan pegawai jawatankuasa masjid yang cemerlang.

Pegawai dan jawatankuasa masjid sangat bergantung kepada kreativiti dan aktiviti yang diciptakannya untuk menghidupkan roh Islam dimasjid dan jamaahnya. Oleh itu pegawai dan jwatankuasa masjid perlulah mempunyai pengetahuan dan wawasan yang luas serta mampu menyelesaikan masalah kemasyarakatan dengan sebaik mungkin.

(3) Menyatukan umat Islam.

Pegawai dan jawatankuasa masjid amat mementingkan semangat bersatu padu dikalangan para jamaahnya. Tidakkan seperti ini adalah untuk mewujudkan kesatuan dikalangan para jamaah.

(4) Menghidupkan semangat Musyawarah.

Masjid adalah tempat untuk bermusyawarah, bukan sahaja diantara para pentadbir dengan jawatankuasa dan para pentadbir dengan jamaah, diantara sesama ahli jamaah ataupun anak kariah.

(5) Memperkukuhkan akidah Ummah.

Dalam kehidupan masa kini yang penuh dengan cabaran dan tentangan, masjid perlu berperanan mengukuhkan akidah umat Islam supaya tidak mudah terpengaruh dan terjerumus ke dalam unsur-unsur negatif. Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Ahqaaf ayat 13 :

"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata : "Tuhan kami ialah Allah ," kemudian mereka tetap teguh diatas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik ) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".

Oleh itu benteng akidah ini menjadi lebih penting lagi kerana dewasa ini tersebar ajaran-ajaran serta fahaman akidah yang menyesatkan.

(6) Mempererat kerjasama antara umat.

Untuk mewujudkan kemakmuran masjid serta menjadikan umat Islam sebagai umat yang maju, memerlukan kerjasama erat dikalangan jamaah. Dalam rangka membentuk perpaduan jamaah ini, masjid perlu memanfaat dan menggabungkan potensi jamaah dengan sebaik mungkin untuk menyebar dan menegakkan agama Allah yang suci, firman Allah dalam surah As-Saff ayat 4 :

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agmanya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh".

(7) Masjid penghubungan masyarakat.

Melahirkan gambaran perdamaian dan keagungan Islam sebagai agama. Dakwah adalah baik jika masjid dapat membuka pintu kepada mereka yang bukan Islam untuk melawat ke rumah Allah ini, agar mereka dapat hadiah.

(8) Menentukan pembahagian kerja dan kegiatan Masjid.

Nazir hendaklah bijak membahagikan kerja kepada semua jawatankuasa pengurusan mengikut bidang tugas yang sesuai, begitu juga merancang aktiviti atau program tahunan berdasarkan pengurusan perancangan berokjektif.

(9) Menyusun struktur pengurusan masjid.

Ia wajar menyusun struktur pengurusan masjid. Dengan memiliki kepimpinan yang beramanah, jujur, berwawasan dan berkemampuan. Semangat Syura perlu dibudayakan dalam membuat keputusan untuk kepentingan aktiviti masjid.

"Sesungguhnya masjid yang telah didirikan diatas dasar taqwa pada hari pertama adalah lebih baik engkau sembahyang didalamnya. Di masjid itu ada orang-orang lelaki yang ingin membersihkan (menyucikan) dirinya dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin) ".

(Surah At-Taubat ayat 108)


Saudara-saudara sekalian.

Pada khutbah kedua ini marilah kita sama-sama renungkan beberapa langkah-langkah yang mesti dilaksanakan, contohnya:

1. Masjid hendaklah menjadi institusi ilmu yang sentiasa menyumbang kepada peningkatan penghayatan Islam dan akidah untuk kecemerlangan masyarakat Islam.

2. Masjid sebagai pusat Dakwah Islamiah dengan penganjuran ceramah, forum atau dialog umum, bagi mendidik masyarakat memahami Islam.

3. Masjid hendaklah menjadi pusat rujukan dalam pelbagai masalah kehidupan masyarakat Islam dan bukan Islam seperti menjadi pusat bantuan, khidmat nasihat (kaunseling), tempat sokongan dan dorongan dan penyelesaian masalah gejala sosial yang dihadapi oleh masyarakat;

4. Masjid hendaklah menjadi tempat penyatuan dan pembinaan ummah sehingga umat Islam bersatu, kuat dan gemilang.

5. Masjid hendaklah mampu menyediakan kemudahan fasiliti kepada pengguna masjid seperti ruang solat wanita, bilik perpustakaan, ruang seminar, bilik air yang bersih, persekitaran yang cantik dan menarik.

6. Masjid hendaklah bijak mengurus tabung, sumbangan atau kewangan masjid dengan profesional agar ianya telus dengan sistem pelaporan yang memberikan kepuasan kepada jamaah.

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadratMu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukhkan negara umat Islam khususnya Negeri Selangor, sebagai Negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan. Justeru kami pohon kehadratMu Ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianMu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

*Teks Khutbah disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Tuesday, April 21, 2009

TAMAN TASIK PERDANA, KUALA LUMPUR.

SENAMAN POCO-POCO
25 APRIL 2009
9.00 PAGI
TAPAK 'A' TAMAN TASIK PERDANA.



SESI MENCUCI PEDAL BOATS...



TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK.
(kanak2 je... ibu bapa kanak2 tu dilarang bermain dikawasan ini..!!)


PENGUATKUASA BERKUDA DBKL.


TAMAN RUSA & KANCIL.


TAMAN PAYA BAKAU
MANJUNG,
PERAK.
(tp ade kat Tasik Perdana)







TANDAS AWAM TERATAI.
20sen je...



SISTEM PENANAMAN AUTOPOT


Sunday, April 19, 2009

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL BOOK FAIR 2009


Opening Hours

Date: 17th - 26th April 2009.
Mon - Thurs: 10.00AM to 8.00PM.
Fri - Sun & Public holidays: 10.00AM to 9.00PM.
Venue: Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia.


Saturday, April 18, 2009

PERJUMPAAN BERSAMA HAMITA DI NZ WANGSA MAJU, SABTU, 18hb APRIL 2009, 3ptg-5.30ptg.

Azizul Hakim a.k.a Ustaz
(Ketua Pengawas 2001)


Illona Suhaili


Hafiz Basri


Ahmad Doni


Syafiq
(Ketua Kelas 5Jujur 2001)


Hafizan


Al-Hafiz a.k.a Gaban


Pijot (Bendahari Kelas) & Hamita (Bakal Pengantin)


Kad Undangan Majlis Perkahwinan Hamita.

Senarai yg hadir:
  1. Hamita (Pengantin) -Pengerusi Majlis.
  2. Rusdy (AJK Jemputan) -Penyibuk, photographer. gamba aku x de dowh...
  3. Wan Adawiyah (Tetamu Kehormat) -Orang Kiri. uit, sory gamba ko x de...
  4. Hafizah a.k.a Pijot (Directory) -Orang Kanan.
  5. Illona (Tetamu Jemputan)-Orang Depan.
  6. Azizul Hakim (Tetamu Undangan) -Ustaz.
  7. Hafiz Basri (Tetamu Undangan) -Orang Penting.
  8. Ahmad Doni (Tetamu Undangan) -Orang Penting Gak..
  9. Syafiq (Tetamu Undangan) -Orang Penting. Ketua Kelas tu...
  10. Hafizan (Tetamu Undangan) -Orang Penting Gak..
  11. Al-Hafiz a.k.a Gaban (Tetamu Undangan) -Orang Penting Gak..
  12. Saladdin (Tetamu Undangan) -Orang Penting Gak.. weh, gamba ko pown x de..sory...
p/s: Hamita, terima kasih blanje ktorg makan2 ngan minum2...
Hamita kate sume member2 penting. bkn kerjasama je yg penting. kehadiran anda di Majlis Persandingan beliau nnt juga amat penting...


Friday, April 17, 2009

"MUSIBAH MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT"

Khutbah Jumaat - 17 APRIL 2009

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Marilah kita semua bertakwa kepada Allah S.W.T dengan mengerjakan suruhanNya dan menghindari laranganNya. Antara suruhanNya yang jelas nyata ialah menunaikan solat Jumaat bagi setiap umat Islam. Allah berfirman dalam Surah Al-Jumu'ah ayat 9:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)".

Ayat ini jelas menunjukkan suatu kewajipan mingguan umat Islam iaitu segera menyahut panggilan solat Jumaat. Mereka wajib meninggalkan premis perniagaan atau pejabat dan pekerjaan mereka demi untuk menghadirkan diri ke masjid dan demi solat fardhu Jumaat.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

"Menghadirkan solat Jumaat itu adalah kewajipan setiap orang yang telah cukup umur baligh".

(Riwayat An-Nasa'i)

Tetapi apa yang merunsingkan kita akhir-akhir ini ialah semakin bertambah bilangan orang yang tidak menunaikan solat Jumaat. Begitu juga semakin ketara orang yang mensia-siakan kewajipan ini. Pada hal perkara itu sudah lama menjadi kewajipan. Allah telah mewajibkan setiap umat Islam untuk menunaikan solat-solat tertentu secara harian dan mingguan sebagai fardhu ain yang mesti dilaksanakan demi membangun sifat-sifat kemanusiaan yang baik dan utuh dalam jiwa mereka. Tanpa solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat orang Islam akan runtuh sifat-sifat keIslaman mereka. Iltizam mereka terhadap syariat Islam akan menjadi luntur. Mereka akan mudah berubah menjadi peruntuh sendi kerukunan hidup bermasyarakat dan bernegara.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Sesiapa yang meninggalkan solat fardhu secara sengaja maka dia kafir terang-terangan".

(Riwayat At-Tabrani)

Malah dalam Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995,seksyen 20:

"Mana-mana orang lelaki, yang baligh, yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dalam kariahnya tiga kali berturut-turut tanpa uzur syar'i atau tanpa sebab yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya".

Oleh itu menjadi tanggungjawab, kepada setiap ibu-bapa dan guru-guru serta para pemimpin masyarakat berusaha memastikan anak-anak lelaki, pelajar-pelajar dan seluruh umat Islam tidak mengambil mudah tentang amalan solat Jumaat.

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Hari Jumaat adalah hari yang mulia dalam Islam. Ia dianggap penghulu segala hari. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Sesiapa yang berwudhuk kemudian dia pergi (ke masjid untuk menunaikan) solat Jumaat dan mendengar khutbah imam maka akan diampunkan dosanya hinggalah ke Jumaat selepas itu dan ditambah tiga hari lagi. Siapa yang asyik bermain-main maka solatnya menjadi sia-sia".

(Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Penghulu segala hari adalah hari Jumaat. Hari yang paling mulia di sisi baginda dan yang paling agung disisi Allah azzawajalla, maka lebih (mulia) daripada hari raya Fitrah dan hari Eidul Adha".

(Hadis Riwayat Ahmad)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

"Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan lebih afdhal daripada hari Jumaat.

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi yang bermaksud:

"Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila berdoa kepada Allah sesuatu kebaikan Allah akan memakbulkan doanya. Atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan, Allah melindunginya daripada kejahatan tersebut".

(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Maka sebab itu digalakkan umat Islam beriktikaf di masjid pada hari jumaat itu. Khasnya untuk dapat menepati waktu istijabah atau waktu dimana doa seseorang itu akan dimakbulkan oleh Allah. Inilah yang diharapkan oleh setiap orang yang melakukan dosa setelah insaf dan mahu mencari keampunan serta keredhaan Allah azzawajalla.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

-"Sesiapa yang mandi junub pada hari Jumaat kemudian dia hadir (solat Jumaat pada saat pertama), dia umpama berkorban seekor unta".

-"Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu".

-"Barang siapa yang mengahdiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibasy yang bertanduk.

-"Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur".

"Apabila imam tampil (naik minbar) maka para malaikat pun turut bersedia mendengar khutbah dan peringatan".

(Hadis sahih riwayat Al-Bukhari)

Baginda menegaskan lagi:

"Siapa yang sempat solat Jumaat maka baginya di sisi Allah seratus pahala orang yang mati syahid".

Rahsia mengapa Allah jadikan hari Jumaat ini penghulu segala hari ialah kerana Islam menjadikan hari Jumaat sebagai hari menghampirkan diri kepada Allah secara berjemaah dan secara mingguan. Pada hari ini digalakkan umat Islam menjadikannya hari cuti mingguan agar mereka mempunyai masa yang cukup untuk membina ciri-ciri sahsiah yang baik dan murni . Tidak terlari-lari dan termengah-mengah mengajar waktu untuk melakukan kerja-kerja lain.

Pada hari itu khasnya, anak-anak dilatih pergi bersama ayah mereka ke masjid untuk dibudayakan dengan amalan bersolat Jemaah dan Solat Jumaat dalam masjid kariah. Dengan itu mereka boleh datang awal ke masjid untuk beriktikaf, solat sunat, membaca Al-Quran, berdoa, belajar dan sebagainya. Rasulullah S.A.W. bersabda, seperti yang diriwayatkan oleh Abi Sa'id Al-Khudri bermaksud:

"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat".

Apabila proses tarbiah harian dan didikan mingguan ini berjalan dengan mantap, baik dan berkesan, umat akan mendapat faedah daripada peningkatan modal kemanusiaan, rohani, akli dan akhlak . Setiap individu akan menyedari dan menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada mereka. Dengan itu masalah masyarakat akan dapat dikurangi dan kehidupan akan lebih tenteram dan selamat. Sebaliknya pengabaian tentang solat Jumaat dan pendidikan mingguan ini akan menyebabkan umat semakin alpa tentang tanggungjawab mengasuh diri dan keluarga. Manusia akan lebih berani melakukan kejahatan melawan Allah dan meruntuhkan sendi kerukunan hidup bermasyarakat. Dengan ini bermakna mereka menempah bala dan kecelakaan.

Sidang Jumaat yang dikasihi.

Hari ini kita dapati semakin ramai umat Islam yang meninggalkan solat Jumaat. Ada yang leka menjamu selera dan berbual-bual di kedai kopi ketika orang lain sedang menunaikan fardhu Jumaat. Ada yang mengambil kesempatan balik tidur di rumah tanpa merasa berdosa meninggalkan solat Jumaat. Ada pula yang pergi ke masjid tetapi tidak mahu menunaikan solat, sebaliknya bertenggong diatas tembok, basikal dan motorsikal tanpa merasa bersalah. Mereka pulang bersama orang yang bersolat Jumaat pulang. Mereka tidak sedar bahawa hukum meninggalkan solat Jumaat walaupun sekali adalah berdosa besar. Allah telah menjanjikan hukuman yang berat kepada manusia seperti ini.

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Jika kita tidak menunaikan solat Jumaat hati kita akan ditutup rapat dan tidak dapat lagi menerima kebaikan dan hidayah. Kita juga akan terpinggir dari rahmat Allah. Malah kita akan digolongkan bersama orang-orang yang munafik. Orang munafik ini menurut firman Allah dalam surah An-Nisa' bakal dihumban ke dalam neraka yang paling bawah, di dasar jahanam. Alangkah malang dan hinanya nasib manusia yang tidak mahu menunaikan solat Jumaat ini. Allah berfirman dalam surah An-Nisa' ayat 145:

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu di tetapkan pada tingkatan yang paling bawah di kolong neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka".

Kaum muslimin yang dikasihi,

Pihak berkuasa di Negeri Selangor telah mengeluarkan arahan dan hukuman tertentu tentang perkara ini. Pihak penguasa agama akan memantau dan memastikan orang-orang yang tidak menunaikan solat Jumaat ini agar dihukum dengan hukuman yang setimpal. Nama mereka akan ditiadakan dari senarai golongan yang berhak mendapat bantuan zakat atau bantuan khas. Mereka akan dikenal pasti untuk dikenakan tindakan disiplin yang sesuai menurut siasah syariat.

Sebagai umat yang beragama Islam kita mesti menghormati hari Jumaat sebagai hari besar Islam. Hari yang penuh berkat dan rahmat. Kelebihan hari ini disebutkan oleh Rasulullah dalam hadis baginda yang bermaksud:

"Siapa yang meninggal dunia pada hari jumaat atau malamnya nescaya Allah akan melafaskan dirinya dari azab kubur (pada hari itu)".

Ini jelas menunjukkan betapa Islam menekankan kepentingan solat Jumaat dan keperluan mengikuti bimbingan yang disampaikan oleh khatib dalam khutbahnya. Dengan istiqamah menunaikan solat Jumaat dan mendengar khutbah, membaca Al-Quran dan mengikuti tazkirah sebelum khutbah sudah pasti seseorang itu akan lebih berilmu pengetahuan dan lebih peka dengan segala ajaran agama. Dengan itu Insya Allah ia akan berada dalam inayah dan rahmat Allah.

"Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga yang mengalir di bahunya beberapa sungai, kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik rezeki pemberian".

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Kesimpulan khutbah kita pada hari ini ialah menghadiri solat Jumaat adalah fardhu ain atau wajib menurut empat mazhab ahli sunnah waljamaah. Siapa yang mengatakan selain daripada itu adalah bercanggah dengan pendapat yang disepakati oleh ulama yang muktabar. Meninggalkan Jumaat akan mengakibatkan seseorang itu di jumlahkan dalam kalangan insan munafik. Manakala munafik akan menghuni neraka yang paling bawah.

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya Negeri Selangor, sebagai Negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan. Justeru kami pohon kehadrat Mu Ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, Negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Tarikh bacaan 17 April 2009.


p/s: mulai hari ni blog rudy syah akan menyiarkan text Khutbah Jumaat pd setiap hari jumaat. sekian utk makluman. renung2kan dan selamat beramal...

Wednesday, April 15, 2009

WALIMATULURUS MOHD RIDZA & NORAKMAH, 3 MEI & 10 MEI 2009

KAD UNDANGAN PENGANTIN LELAKI
RIDZA a.k.a BANG CIK (Kelana Batu Pahat)
Ahad, 10hb Mei 2009
(klik kad diatas utk view lebih besar)


PELAN LOKASI RUMAH PENGANTIN LELAKI
(klik pelan lokasi diatas utk view lebih besar)

ALAMAT:
No. 2, Kampung Parit Lapis Maimon,
83500 Parit Sulong,
Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.



KAD UNDANGAN PENGANTIN PEREMPUAN
(NORAKMAH - isteri BANG CIK)
Ahad, 3hb Mei 2009
(klik kad diatas utk view lebih besar)


PELAN LOKASI RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN
(klik pelan lokasi diatas utk view lebih besar)

ALAMAT:
Lot 98 Bt 13 1/2 Sg. Jarum,
42600 Jenjarum,
Kuala Langat, Banting,
Selangor Darul Ehsan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...