Followers

Thursday, May 26, 2011

KAIN KAFAN BURUK


Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj. Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj. Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj. Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya. 

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj. Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj. Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini. 

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj. Teepo dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku." 

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj. Teepo berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj. Teepo. "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?" 

Hj. Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj. Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj. Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu.

"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi. "Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...." 

"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj. Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya. 


P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le iktibar.




Wasiat Imam Syafie

 





Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. 

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: “Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.” 

  
1 : HAK KEPADA DIRI. 
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 
2 : HAK KEPADA MALAIKAT MAUT. 
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. 
3 : HAK KEPADA KUBUR.
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. 
4 : HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR.
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. 
5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT).
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan. 
6 : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT). 
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah. 
7 : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA).
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak. 
8 : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA).
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat. 
9 : HAK KEPADA NABI SAW.
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah. 
10 : HAK KEPADA ALLAH SWT.
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan. 



Wednesday, May 25, 2011

BAPA CABUL KEHORMATAN MENANTU PEREMPUAN.


Alor Setar - Seorang lelaki berumur 48 tahun telah ditahan polis hari ini kerana telah mencabul kehormatan menantu perempuannya. Kejadian dikatakan berlaku lebih kurang pukul 11 pagi apabila tertuduh dikatakan telah masuk ke dalam bilik menantunya yang pada masa itu tinggal berseorangan kerana suaminya telah pergi bekerja.. Tertuduh kemudian dilaporkan telah memaksa mangsa menanggalkan bajunya lalu tertuduh telah meramas dan menghisap buah dada mangsa. Jiran-jiran dapat menangkap tertuduh setelah mendengar jeritan mangsa lalu membawanya ke balai polis..
                                                                           
Di balai polis, suami mangsa, iaitu anak lelaki tertuduh, terus meluru kepada ayahnya dengan perasaan marah bercampur kesal. Si anak dengan menahan sabar berbaur kemarahan, dengan nada suara menggigil kerana menahan amarah yang amat sangat, lalu bertanya kepada ayahnya, "Ayah..... naper ayah buat camni ha? Ayah dah hilang akal ke? Tak malu ke? 
Mana kami nak letak muka, ayah? Kenapa ayah? Why? Why? Why?"                                                                 

Si ayah pun dengan tenang lagi selamba menjawab, "Ooh... malu konon... apa yang nak dimalukan?" Berdesing telinga si anak apabila mendengar jawapan ayahnya. "Apa??!! Tak malu??!!! Badan si anak telah menggeletar teramat kerana cuba menahan marah. "Dah tu........" tempelak si ayah, "yang kau tu dulu hisap buah dada bini aku, aku tak kisah pun. Takkan skang ni aku nak hisap buah dada bini kau pun tak boleh??? Kena adil laaa!!!"                                                                           
                                                                           
Si anak terus jadi sawan mendengar jawapan ayahnya.....


(cerita di atas adalah rekaan semata-mata, tiada kena-mengena dengan yg hidup ataupun yg dah tak hidup)
hehehehehe....


Tuesday, May 24, 2011

KISAH TOK IMAM & 3 MALAUN...


Di sebuah kg ada 3 org remaja yang suka lepak. Seorang tu nama dia Ali, seorang tu Budin dan seorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk.


Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.

Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat eden semuo ni jahil sangat ke? Takpa, nanti eden semuo buktikan yang eden semuo bukan lah jahil sangat seperti yang disangkakan".


Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus saja Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali.


Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2x pun tak khusyuk juga lagi.. Masuk saja kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur lah ke belakang.


Budin pun angkat lah takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba saja si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" lalu batallah solat Budin. Yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak².


Tok imam pun minta pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai lah habis sembahyang. Siap dengan wirid²nya sekali.

Punyalah respect tok imam kat si Ciko niii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dengan bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dahsyat eden sembahyang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...





Monday, May 23, 2011

SENYUM...


SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk. 
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS B.I (BAHASA INGGERIS)
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah? 
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak sgt kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan. 

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan, sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki 
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'

Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik, anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Ali tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu Ali, aku lagi la tak tahu". 

DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke Klinik Ahmad Albob & Sugeri, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!" 
Doktor : " Ada masalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"

setelah diperiksa....

Doktor : "Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..." 
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."

Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?" 
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi tauge, anda tinggal tarik keluar." 
Pesakit : "Huh...!"

p/s :
Mulai hari anda dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2.





Saturday, May 21, 2011

KISAH PAK PANDIR...

Kes tak bertegur sape
Terjadi satu hari Pak Pandir dan Mak Andih berselisih faham... dan tak bertegur sapa..
Pak Pandir nak bangun pagi pada esoknya.. tak tau macam mana nak bagitau Mak Andih supaya kejutkan dia pagi esoknya..
Pak Pandir ni dapat idea.. lalu dia tulis satu nota:-


"KEJUTKAN ABANG!! PUKUL 6.30 PAGI ESOK"



Esoknya Pak Pandir ni terlewat bangun... dia nak marah pun ada... nak ketawa pun ada kat isterinya. Nak tahu kenapa?...
Pak Pandir terjumpa la nota


"BANG!! BANG!! BANGUN BANG! DAH PUKUL 6.30 PAGI"

______________________________________________________________

Kek Hari Jadi
Pak Pandir telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya Mak Andih. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata Pak Pandir.


Esoknya, Pak Pandir datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka oleh Mak Andih di depan tetamu undangan yang lain, Mak Andih setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH." Pak Pandir hanye tersenyum memandang dari depan.. Mungkin Mak Andeh terharu agaknye...
______________________________________________________________

Makanan Itali
Kerana bosan makan di rumah, Pak Pandir membawa Mak Andih ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal. Walaupun tidak pernah masuk ke situ atau memesan hidangan Itali sebelum ini, Pak Pandir tetap bermuka selamba. Tambahan pula dia ingin membuatkan Mak Andih kagum. Apa bila tiba dimeja, pelayan memberikan buku menu dan pasangan berkenaan melihat senarai hidangan. Beberapa minit kemudian, Pak Pandir dengan bangganya memanggil pelayan untuk membuat pesanan.
"Err..., Berikan saya Giuseppe Spombalucci untuk dua orang!" kata Pak Pandir.
Pelayan itu tercenggang.
Pak Pandir mula berang "Mengapa? awak takut saya tak ada duit untuk bayar bil nanti ke?"
"Minta maaf encik, Giuseppe Spombalucci tu nama pemilik restoran ini!" Kata pelayan itu...



Malam Pertama.. Jeng.. Jeng.. Jeng..




Malam Pertama Pasangan muda yang sama-sama masih perawan akhirnya menikah. 
Masing-masing gugup ketika menghadapi malam pertama, namun tidak ada yang mau mengaku atau bertanya kepada pasangannya tentang apa yang 
harus dilakukan. 

Didera kebingungan, si pengantin lelaki bertanya kepada ayahnya;
"Ayah, apa yang harus saya lakukan?" 
"Telanjanglah dan naik ke tempat tidur", jawab ayahnya. 

Kemudian ia melakukan apa yang disarankan ayahnya. 
Si pengantin perempuan terperanjat setengah mati melihat kelakuan suaminya, dia kemudian bertanya kepada ibunya. 
"Telanjanglah dan ikutlah suamimu", saran ibunya. 

Setelah perempuan itu telanjang dan berbaring beberapa lama, si pengantin lelaki pergi ke luar bilik dan bertanya lagi kepada ayahnya, 
"Apa lagi yang harus saya lakukan?" lalu ayahnya menjawab, 
"Lihatlah tubuh isterimu. Kemudian masukkan bahagian tubuhmu yang paling keras ke tempat isterimu kencing!" 

Beberapa saat kemudian, giliran si pengantin perempuan bertanya kepada ibunya. 
"Apa yang harus saya lakukan?" 
Ibunya balik bertanya, "Apa yang sedang dilakukan suamimu?" 
Setelah mengeluh si pengantin perempuan berkata, 
"Dia sedang membenamkan kepalanya ke dalam mangkuk tandas!" 

Wakakakakakaka............... 



Friday, May 20, 2011

KISAH ORANG GILA....




Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila. Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis berlari keliling kolam renang tu. Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat ke dalam kolam.... apa lagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang  setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib  baik tak lemas. Memandangkan Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukan, Si  Hanif dengan pantas membalut kawannya tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanya ke dalam bilik mereka. Keesokan harinya, Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. (Kira pegawai ler tu). Apabila melihat wajah Si Hanif, lalu pegawai rumah tersebut mula berkata, "Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah  dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras. Namun, saya juga  ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung." Dengan muka selamba Si Hanif pun menjawab, "Tidak tuan, dia  bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".





KISAH TAULADAN YANG MENYAYAT HATI..







"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya. 

  

"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. 

  

"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. 
  
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni." 
  
Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. 
  
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni ye?" 
  
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta. 
  
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. 
  
"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati. 
  
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. 
  
Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur. 
  
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." 
  
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. 
  
"Rileks Liza.tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was. 
  
"Haaa.. kan , tengok. Tak ada apa-apa kan ?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. 
  
"Sudah la tu bang." 
  
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." 
  
Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... 
  
BAAANGGG!!! 
  
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. 
  
"Mak, Usin di mana mak? Mana Liza mak? Macam mana dengan Liza mak? Farah, Adi.... mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. 
  
Emaknya memandang Usin tepat-tepat. 
  
"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis. 
  
PANGGG!!! 
  
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? 
  
"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.... 
  
...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! 
  
  

  
Moral : Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi.. Ingatlah orang tersayang... 







  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...