Followers

Tuesday, May 26, 2009

Stall Burger Jln Masjid India

STALL BURGER SHARK
JLN MASJID INDIA
(SEBELAH MYDIN MASJID INDIA)



saje nak cite pasal beger kat sblh mydin masjid india ni...rasenye boleh tahan sedap..so, klu korg g mydin masjid india try ar beger yg ade jual kat sblh tu.. make sure name stall beger tu "BURGER SHARK"...

Sunday, May 24, 2009

Ops Menyelamat Anak Kucing.

Tarikh : 24hb Mei 2009 (Ahad).
Masa : 0730-0805.
Tempat : Atas bumbung rumah.
Mangsa : 4 ekor anak kucing.


3 ekor anak kucing yg berada dlm longkang bumbung...


seekor berada di celahan bumbung...


Bumbung rumah yg telah di geledah utk Ops Menyelamat...


Ops Menyelamat 4 ekor anak kucing yg terperangkap atas bumbung rumah berjaya..


Comel lak tu..

*tak lena ar aku tido mlm td...kucing tu memekak je..seb baek berjaya menyelamatkan kucing tu..klu tak, mati kebulur ar anak kucing tu..

Friday, May 22, 2009

"KEWAJIPAN MENTAATI DAN MEMBALAS JASA IBU"

Khutbah Jumaat - 22 Mei 2009 / 27 Jamadil Awal 1430H.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita bersungguh-sungguh dan berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan sentiasa mematuhi dan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi kesejahteraan dan kerahmatan dari Allah dalam menjalani kehidupan kita di dunia dan akhirat.

Firman Allah dalam Surah Al-Isra' ayat 23:

Maksudnya:

"Dan Tuhan mu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-dua sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun seperti perkataan "ah" adalah tidak dibenarkan dan janganlah engkau menengking atau menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang baik dan mulia (bersopan santun)".

Dalam Islam kita dituntut agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan tuntutan tersebut adalah suatu kewajipan yang perlu ditunaikan. Ini kerana setiap permulaan kehidupan manusia adalah bermula dengan kelahiran dari seorang ibu. Oleh itu, Islam memandang serius hukum dan adab berkaitan hubungan anak dengan seorang ibu .

Kita diperintahkan untuk sentiasa melakukan kebaikan, berlemah lembut, berbudi bahasa dan bersopan santun terhadap mereka. Lantaran itu juga kita diharamkan dan dilarang keras untuk melakukan kekasaran terhadap mereka samada dengan perbuatan mahupun percakapan hatta dengan perkataan "ah" sekalipun tidak di benarkan memandangkan perkataan menyanggah seperti tersebut menunjukkan tanda ingkar atau membenci terhadap tindakan mereka.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Islam memandang berat pengorbanan seorang ibu kerana merujuk kepada kepayahan dan kesusahan mereka ketika mengandungkan kita, membesar, memelihara dan mendidik kita sehingga kita mampu berdikari.

Firman Allah dalam Surah Lukman ayat 14:

Maksudnya:

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung sehingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. Dengan demikian bersyukurlah kepada Ku dan kedua ibu bapamu dan ingatlah kepada-Ku lah jua tempat dikembalikan untuk menerima balasan".

Pengorbanan mereka adalah pengobanan yang cukup besar. Maka atas dasar itulah Islam menggandingkan tanggungjawab mentaati ibubapa mengiringi persoalan mentauhidkan Allah.

Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 36:

Maksudnya:

"Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua pun dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang yang bermusafir dalam kesusahan dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong, takbur dan suka membangga diri".


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Perintah untuk menyembah Allah dan larangan mensyirikkan-Nya diikuti dengan berbuat baik dengan kedua ibu bapa adalah menunjukkan begitu rapatnya hubungan antara persoalan taat kepada Allah dan taat kepada kedua ibu bapa. Namun dewasa ini, terdapat dikalangan anak-anak yang mengabaikan tanggungjawab terhadap ibubapa mereka. Mereka tidak mempedulikan nasib ibu bapa, jarang bertanya khabar tentang sakit pening mereka, kurang prihatin terhadap kesusahan mereka. Bahkan, terdapat juga di kalangan kita menambah bebanan kepada ibu bapa seperti menyuruh menjaga cucu, menjadi pembantu rumah bahkan ada yang sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua dan mengabaikannya.

Ingatlah bahawasanya Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

Bermaksud:

"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa".

Walaubagaimanapun tidak menjadi kesalahan untuk menghantar ibubapa dengan kerelaan mereka sendiri untuk menginap di premis-premis atau rumah jagaan yang dikhususkan untuk mengikuti program-program yang telah disediakan seperti aktiviti-aktiviti ilmiah dan ibadah untuk warga emas. Oleh itu masyarakat setempat perlulah mengambil inisiatif terbaik dengan mewujudkan tempat-tempat pengajian bagi orang-orang tua seperti mana yang terdapat di beberapa kawasan di negeri Selangor ini.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Sesungguhnya begitu besar sekali peranan dan pengorbanan kedua ibu bapa kita, lebih-lebih lagi terhadap ibu. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi S.A.W:

Maksudnya :

"Muawiyah bin Haidah Al-Qusairi telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. Siapakah orang yang paling patut untuk aku berbuat baik?. Baginda menjawab: Ibu Mu. Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?. Baginda menjawab: Ibu Mu. Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?. Baginda menjawab: Ibu Mu. Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?. Baginda menjawab: Bapa Mu, seterusnya orang yang paling hampir denganmu" .

Menurut maksud Hadis tersebut pengulangan lafaz ibumu menunjukkan tentang ketinggian martabat seorang ibu tanpa menafikan hakikat dan tanggung jawab seorang ayah.

Dalam kita mengenang jasa ibu sempena kita menyambut hari ibu setiap tahun marilah sama-sama kita bermuhasabah dan berikrar untuk sentiasa menyayangi dan menjaga hubungan baik dengan ibu kita. Berusahalah agar kita tidak menyakiti hati ibu kita yang selama ini entah berapa kali kita telah menyakiti dan menyentuh hati dan perasaan mereka. Ingatlah, perbuatan menyakiti hati seorang ibu adalah merupakan dosa yang cukup besar. Berjanjilah kita bahawa kita akan menjadi anak yang tidak menderhaka kepada kedua ibu bapa kita.

Adalah sesuatu yang amat mengecewakan kita pada hari ini apabila ada sebahagian anak-anak tidak lagi hormat kepada ibu-bapa, berani memaki hamun apabila tidak mendapat apa yang dihajati malah lebih dahsyat sanggup melakukan jenayah seperti memukul, sepak terajang bahkan lebih dahsyat hingga sanggup membunuh ibubapa sendiri. Ini adalah tanda jiwa mereka sudah tandus daripada keimanan bahkan jiwa mereka sebenarnya telah dikuasai oleh syaitan.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Di antara amalan yang diajar oleh Islam untuk kita membalas jasa ibu bapa adalah dengan kita mendoakan kesejahteraan ke atas mereka.

Disamping itu, kita hendaklah sentiasa mengunjungi dan menziarahi mereka serta menghulurkanlah bantuan dan kewangan. Sentiasalah kita bertanya khabar dan prihatin tentang kesihatan mereka. Sebagai anak, maka kita hendaklah sentiasa mendahulukan keutamaan ibu dari orang lain.

Marilah kita mengambil iktibar peristiwa yang pernah berlaku di zaman Nabi S.A.W. iaitu kisah seorang pemuda bernama Al-Qamah yang lebih mengutamakan isterinya berbanding ibunya sendiri. Akibatnya, ketika saat kematiannya Al-Qamah tidak mampu untuk mengucap kalimah syahadah sehinggalah ibunya memaafkan kesalahan Al-Qamah. Akhirnya, barulah Al-Qamah dapat menghembuskan nafasnya dengan penuh tenteram.

Mahukah peristiwa tersebut terjadi kepada diri kita?. Semoga kita tidak termasuk dari golongan yang menderhakai kedua ibubapa kita.

Firman Allah dalam surah Al-Isra' : 24)

Maksudnya :

"Dan Hendaklah engkau merendahkan diri kepada keduanya kerana kasihan belas dan kasih sayangmu dan doakanlah untuk mereka dengan berkata : Wahai Tuhan kami cucurilah rahmat kepada kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil".

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha Berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya Negeri Selangor, sebagai Negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan. Justeru kami pohon kehadrat-Mu Ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat suburkanlah jiwa kami dengan budaya pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian Negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Sunday, May 17, 2009

Flu H1N1: 101 Penumpang AirAsia Di Kuarantin

*gambar sekadar hiasan.


Kesemua 101 penumpang dan lima krew penerbangan AirAsia AK5358 - yang dinaiki penghidap influenca A (H1N1) - dari Sepang ke Pulau Pinang pada 13 Mei lalu akan dikuarantin di rumah berkuatkuasa serta merta.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Ramlee Rahmat memberita sidang media hari ini bahawa penerbangan tersebut berlepas dari LCCT Sepang pada jam 11 pagi hari berkenaan.

Beliau juga meminta penumpang penerbangan tersebut menghubungi Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300 atau jabatan kesihatan di negeri masing-masing atau pergi ke hospital berdekatan jika ada tanda-tanda menghidap selesema.

Katanya, jabatan kesihatan negeri-negeri terbabit juga telah diberi senarai nama penumpang terbabit untuk mengesan mereka, lapor TheStar.

"Pegawai kementerian kesihatan akan melawat mereka yang diletakkan di bawah kuarantin di rumah dua kali sehari," katanya.

Mengenai dua individu yang disahkan menghidap influenza A (H1N1), Dr Ramlee berkata mereka berada dalam keadaan stabil.

Pesakit pertama, katanya, masih lagi mengalami sedikit demam manakala penghidap kedua sudah tidak demam lagi.

Manakala anggota keluarga mereka, tambah Dr Ramlee, masih dikuarantin di rumah masing-masing.

Mengenai penumpang pesawat MAS MH091 dari New York yang dinaiki dua pesakit H1N1 itu, Dr Ramlee berkata, pihak kementerian mendapati 95 daripada 119 penumpangnya turun di Malaysia.

Katanya, mereka yang terdiri daripada 80 rakyat Malaysia dan 15 rakyat asing, telah diletakkan dikuarantin tempat kediaman.

Kementerian juga, tambahnya, sedang berusaha untuk mengesan baki penumpang - seorang rakyat Malaysia dan 23 rakyat asing.

"Lima belas krew penerbangan MH091 dikuarantin di rumah dan mereka dalam keadaan sihat," tambahnya.

*berita dipetik dari http://www.malaysiakini.com

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU 2009

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


LOGO HARI GURU


Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.


*Selamat Hari Guru buat guru-guru yg pernah mendidik:

Sekolah Kebangsaan Kampung Baru:

  • Cikgu Sharani (BM)
  • Cikgu Norhafizah (Math)
  • Cikgu Zainol (BM)
  • Cikgu Azmi (BM)
  • Cikgu Johari(Math)
  • Cikgu Raja Zaidah (Math)
  • Ustazah Petimah (Agama)
  • Cikgu Ramlan (HEM)
  • Cikgu Zarina (Math)
  • Sir Ravi (BI)
  • Cikgu Sanusi (KH)
  • Cikgu Harian
  • Cikgu Azahan
  • Cikgu Raden Bohari
  • Cikgu Abu Zaid

SMK Padang Tembak:

  • Cikgu Sarihat Utoh
  • Teacher Rohana Abu Hassan (BI)
  • Cikgu Nik Hafsah Nik Daud (Penolong Kanan)
  • Sir Abd Razak Ayob (BI)
  • Ustazah Nafi'ah Ismail (Agama)
  • Teacher Awanis Lukman (BI)
  • Cikgu Robiah Abd Ghani (Geo)
  • Ustazah Maimunah Ismail (Agama)
  • Cikgu Hashimah Hassan (Sejarah)
  • Ustazah Hijriah Othman (Agama)
  • Cikgu Hawa Mahat (Geo)
  • Cikgu Kalsum Abdullah (Sejarah)
  • Ustazah Fatimah Ibrahim (Agama)
  • Cikgu Norlida Md. Nor (Math)
  • Cikgu Siti Zaleha Harun (Sains)
  • Cikgu Mohd Zain Yaacob (KH)
  • Cikgu Nor Hanum (Seni)
  • Cikgu Siti Jumaiyah Subari (BM)
  • Cikgu Zaihurin Hussin (Sejarah)
  • Cikgu Kasim Kasimin (Geo)
  • Cikgu Wahyarami Muhammad (KH)
  • Cikgu Badariah Abu Bakar (Math)
  • Cikgu Muhaini Abd Hamid (Sains)
  • Cikgu Wan Azizah Wan Yusuf (BM)
  • Cikgu Chan Yuit Ngoh (Ekonomi)
  • Ustaz Hamid (Guru Disiplin a.k.a Tukang Sebat)
  • Ustaz Roslan (Imam Surau Skolah)
  • Cikgu Hussin (BM)

Rakan-rakan Guru:
  • Cikgu Syamsurri Ali (SMK Seksyen 5 Wangsa Maju)
  • Cikgu Nik Rozaimah Nik Zainudin (SMK Zon R1)
  • Cikgu Zuly Rahimie (SK Taman Seri Rampai)
  • Cikgu Syazlina Azman (SMK Seksyen 5 Wangsa Maju)
  • Cikgu Shairatul Akma Roslan (SMK Seri Titiwangsa)
  • Cikgu Halim Yaacob (SMK Zon R1)
  • Cikgu Zahidi Abbas (SMK Kepong)
  • Cikgu Fuad Omar (SK Jln Bellamy)
  • Cikgu Ganesan Sitambaram (SKTTDI)
  • Cikgu Nor Hazimin Said (SMK Padang Tembak)
  • Cikgu Nazirah (SMK Zon R1)
  • Ustaz Dr. Wan Ahmad Abdullah (SMKDTHO)
  • Cikgu Hafiza Harun (SMK Pandan Indah)
  • Cikgu Siti Rusnah (SMK Maxwell)

Friday, May 15, 2009

GURU PEMBINA NEGARA DAN BANGSA

Khutbah Jumaat - 15 Mei 2009 / 20 Jamadil Awal 1430H.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T. dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Marilah kita memperbanyakkan zikir kepada Allah S.W.T. dan memperbanyakkan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat kelak.


KAUM MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T,

Bersempena Sambutan Hari Guru yang diadakan saban tahun diseluruh negara, mimbar Jumaat pada hari ini ingin menyingkap resepi kejayaan para guru melahirkan insan cemerlang, seterusnya dapat membina sebuah negara menuju kearah kemakmuran dan keberkatan disisi Allah S.W.T. Guru adalah ibarat lilin yang menerangi kegelapan diwaktu malam, sanggup berkonban masa dan tenaga demi mendidik anak-anak bangsa menjadi insan berguna, rela pula mengenepikan kepentingan diri sendiri demi memastikan kejayaan anak-anak didiknya dimasa hadapan. Guru juga adalah merupakan insan pendidik yang tidak pernah kenal erti penat dan jemu, sentiasa berusaha memberikan sesuatu yang terbaik untuk anak-anak didiknya dan tidak pula berputus asa dengan kegagalan yang mereka hadapi. Inilah kerjaya dan rutin harian seorang guru.


SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T,

Guru merupakan asas utama kepada pembinaan negara dan bangsa. Tanpa didikan guru, maka akan pincanglah perjalanan sebuah takbir urus negara dan akan rosaklah bahasa yang dipimpin. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa kejayaan sesebuah bangsa dan negara adalah juga merupakan kejayaan seorang guru dalam mendidik. Pada hari ini kita dapat melihat pemimpin-pemimpin negara kita dapat mentadbir negara dengan baik. Pada hari ini juga kita dapat melihat para 'engineer' dan arkitek kita mampu membina kemajuan dengan terdirinya bangunan-bangunan pencakar langit dan segala bentuk pembangunan dan lain-lain. Tidak kurang juga para cendiakawan kita yang mendapat pengiktirafan dalam dan luar negara kerana sesuatu kejayaan yang mereka tempuhi. Kesemua itu adalah bermula dari didikan seseorang insan yang bernama guru. Faktor kejayaan seorang guru atau pendidikan dalam mendidik anak bangsa banyak bergantung kepada beberapa perkara antaranya:

Pertama: meletakkan sifat ikhlas sebagai keutamaan didalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak-anak didikannya. Sifat ikhlas mempunyai pengaruh yang amat besar didalam amalan dan gerak kerja seharian manusia semudah amalan-amalan peribadi yang berhubung kait dengan orang lain. Sekiranya sifat ikhlas itu tidak ada, maka sudah akan timbul pula sifat-sifat mazmumah dikalangan guru seperti riak, hasad dengki, taksub dengan pendapat diri sendiri, tiada sifat tawaduk dengan ilmu yang dimilikinya dan lain-lain lagi.

Kedua: Meletakkan matlamat untuk melahirkan insan rabbani. Untuk mencapai matlamat itu, guru itu sendiri dari guru sifat-sifat rabbani iaitu dengan sifat ketaatan, pengabdian diri terhadap syariat Allah S.W.T. disamping sifat2 mahmudah yang lain. Guru yang telah memiliki sifat-sifat ini secara tidak langsung akan memberi kesan mendalam didalam ucapan dan tingkah-lakunya ketika berhadapan dengan anak-anak didiknya. Seterusnya ia akan dijadikan contoh terbaik untuk di dan dapat pula menunaikan sifat-sifat rabbani didalam diri anak-anak didiknya. Sebaliknya, tanpa memiliki sifat-sifat itu, sudah pasti matlamat tarbiah Islamiah itu tidak akan dapat dicapai sepenuhnya. Firman Allah S.W.T didalam surah Al-Imran ayat 79:

"Tidaklah patut bagi seorang manusia yang Allah berikan kepadanya kitab dan kenabian, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan dengan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadikan orang-orang rabbani (orang yang hanya menyembah Allah S.W.T dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa menjadi insan Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya".

Ketiga: Mengutamakan kesuburan didalam meyampaikan ilmu dan segala maklumat kepada anak-anak didikannya. Seorang guru perlu sabar dan tabah menghadapi segala bentuk kerenah anak-anak didikannya. Ini adalah kerana setiap manusia tidak memilki terhadap kemampuan yang sama ketika melalui suatu proses pembelajaran. Dalam masa yang sama, sikap sebilangan pelajar yang acuh tak acuh didalam pelajarannya juga merupakan suatu cabaran besar kepada guru. Jesteru, sifat sabar inilah yang amat diperlukan didalam diri setiap guru. Rasullullah S.A.W adalah merupakan seorang nabi dan guru yang patut dicontohi. Kesabaran baginda S.A.W. dalam menyampaikan risalah dakwah kepada umat manusia telah menghasilkan suatu kejayaan yang tidak dapat ditandingi oleh orang lain.


SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T,

Keempat: Seorang guru haruslah menjadikan dirinya sebagai contoh teladan yang baik kepada anak-anak didiknya. Percakapan seorang guru samada berbentuk nasihat, pengajaran atau sebagainya haruslah disusuli dengan perbuatanya. Ini adalah kerana guru merupakan 'role' model kepada anak-anak didiknya. Setiap gerak-geri dan perlakuan guru dihadapan anak-anak didiknya sudah pasti akan diperhatikan oleh mereka. Sekiranya perlakuan itu menyalahi diri apa yang diucapkannya, maka ini akan menimbulkan persepsi yang tidak baik dikalangan anak-anak didiknya. Seterusnya perkara ini akan menimbulkan kesan jangka panjang yang negatif dalam aspek pembinaan generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara kita. Firman Allah S.W.T didalam surah Al-Saff ayat 2 dan 3:

Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!. Amat besar kebenciannya disisi Allah bahawa kamu mampu katakan sesuatu yang kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya".

Kelima: Seorang guru berlaku adil dikalangan anak-anak didiknya.

Tidak melebih-lebihkan atau membeza-bezakan diantara satu dengan yang lain kecuali pada perkara-perkara yang sepatutnya. Sikap adil, apabila telah ditanamkan kedalam jiwa anak-anak didik kita, sudah pasti akan dapat melahirkan generasi pimpinan yang dapat menjalankan tanggungjawab secara jujur dan amanah. Firman Allah S.W.T didalam surah Al-Ma'idah ayat 8:

Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum iaitu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan".

Selain daripada itu, guru juga mempunyai tanggungjawab dan berperanan melindungi anak-anak didiknya dari terpengaruh dengan budaya-budaya negatif yang telah menular didalam masyarakat kita pada hari ini. Keagaraban, kemesraan, dan perhatian yang diberikan guru kepada anak-anak didiknya akan memudahkan tugas mereka membentuk generasa ini mengikut acuan yang mereka kehendaki. Sikap seperti inilah juga yang telah dianjurkan oleh Rasulluh S.A.W kepada umatnya ketika mendidik anak-anak mereka.


SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T,

Demikianlah beberapa sifat terpuji yang dimiliki oleh kaum guru. Sifat-sifat seperti ini memang amat jarang didapati didalam bidang-bidang pekerjaan yang lain. Sifat-sifat yang terpuji yang dibawa oleh para guru ini sebenarnya memberikan kesan yang amat besar didalam pembentukkan bangsa dan negara. Justeru itu, sumbangan mereka dipersada pendidikan negara seharusnya mendapat penghormatan yang sebaik-baiknya.

Apa yang kita dapati sejak kebelakang ini, pelbagai persepsi negatif yang telah yang dilontarkan kepada guru. Ada yang beranggapan guru masa ini tidak seperti guru zaman dahulu, suka mengeluarkan kata-kata lucah, suka mendera dan sebagainya. Hakikatnya kes-kes seperti ini hanyalah merupakan isu-isu pinggiran yang sengaja diperbesar-besarkan kerana kepentingan peribadi pihak-pihak tertentu. Apa yang pasti, kejayaan yang dicapai oleh guru didalam melahirkan insan-insan cemerlang amat banyak sekali. Justeru, adalah tidak adil bila sedikit kesilapan mereka diseret kemukan pengadilan dan kejayaan mereka mendidik anak bangsa tidak mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.

Oleh itu, marilah kita bersama mengembalikan semula darjat kemulian kaum guru serta menangkis segala dakyah yang boleh merosakkan imej mereka. Berterima kasihlah kita kepada kaum guru yang telah memberikan pengorbanan yang tidak terkira yang mana dengan pengorbanan mereka itu, kita dapat berada pada kedudukan yang amat selesa pada hari ini.

Maksudnya:

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhikan perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang islam (Yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"


SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI,

Guru yang mampu membina negara dan bangsa guru yang dapat menyalurkan sifat-sifat ikhlas, melahirkan insan rabbani, menjadi contoh yang baik dan adil untuk dihayati oleh anak didik mereka.Pendidikan yang diberikan memberi pengaruh yang amat besar dari sudut keperibadian kepada generasi pemimpin didalam mentakbir sebuah negara.

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan. Justeru kami pohon kehadrat-Mu, tetapkanlah iman kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami kejalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

*Teks Khutbah dipetik daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sunday, May 10, 2009

HAPPY MOTHER'S DAY...



Puisi Untuk Ibu


Pernah aku ditegur

Katanya untuk kebaikan

Pernah aku dimarahi

Katanya membaiki kelemahan

Pernah aku diminta membantu

Katanya supaya aku pandai

Ibu…..

Pernah aku merajuk

Katanya aku manja

Pernah aku melawan

Katanya aku degil

Pernah aku menangis

Katanya aku lemah

Ibu…..

Setiap kali aku tersilap

Dia hukum aku dengan nasihat

Setiap kali aku kecewa

Dia bangun di malam sepi lalu bermunajat

Setiap kali aku dalam kesakitan

Dia ubati dengan penawar dan semangat

Dan

Bila aku mencapai kejayaan

Dia kata bersyukurlah pada Tuhan

Ibu……

Dia senyum bila aku senyum

Dia ketawa bila aku ketawa

Namun…..

Tidak pernah aku lihat air mata dukamu

Mengalir di pipimu

Begitu kuatnya dirimu….

Ibu….

Aku sayang padamu…..

Tuhanku….

Sempena hari ibu

Tanpa ibuku tahu

Melalui blog ku ini

Aku bermohon padaMu

Ampunilah dia

Rahmatilah dia

Sejahterakanlah dia

Selamanya…..

(Puisi diatas dipetik dari http://cikgumizan.com/blog/ )


Hari ni (10 Mei) merupakan sambutan hari ibu... Terima kasih buat ibu yg melahirkan dan membesarkan aku sehingga aku menjadi besar. Semasa aku dilahirkan keadaan aku tidaklah begitu sempurna kerana aku dilahirkan tidak cukup usia (tak cukup umur). Aku tau pengorbanan seorang ibu sgt besar kerana telah mengandungkan dan melahirkan juga membesarkan.. Tidaklah dapat dibalas jasa2 seorang yg bergelar ibu meskipun anda memanggil ibu anda 'Emak', 'Mama', 'Ummi', 'Bonda', 'Mummy' atau sebagainya yg membawa maksud yg sama dengan IBU. Jadi, sayangi, kasihi dan hargailah ibu anda sebagaimana beliau menyayangi dan mengasihi anda..

SELAMAT HARI IBU....!!


Saturday, May 9, 2009

"DADAH PEMUSNAH GENERASI UMMAH"

Khutbah Jumaat - 08 Mei 2009/13 Jamadil Awal 1430H.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Marilah kita bertakwa kepada Allah S.W.T. dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita kepadanya melalui ketaatan yang berterusan meninggalkan segala kemungkaran yang boleh meningkatkan kemurkaan Allah S.W.T. Semoga dengan amalan amalan yang diredhai Allah dapat memberkati kehidupan kita didunia dan diakhirat.

Dalam membina ketamadunan Ummah dengan lebih cemerlang, manusia pada hari ini disarankan sentiasa berpegang kepada segala apa yang tercatat didalam Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W. Keimanan yang menyeluruh kepada Al-Quran dan hadis secara langsung akan menjamin Ummah memperolehi keberkatan daripada Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-A'raf ayat 96 :

Maksudnya:

"Dan sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah kami akan membuka mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah keberkatannya, dari langit dan bumi"

Pintu keberkatan telah dibuka seluas-luasnya kepada kita melalui nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. untuk kita melaksanakan tanggungjawab, menjalankan tugas dan kerja-kerja seharian kita dengan baik, disamping kita juga dapat melaksanakan amalan-amalan yang difardhukan dengan sempurna tanpa sebarang gangguan dan halangan.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Saban hari kita didedahkan dengan berbagai-bagai kes gejala sosial seperti kes pembuangan bayi, penderaan kanak-kanak, sumbang mahram, budaya lepak, ponteng sekolah, kes buli dan peningkatan masalah displin dikalangan pelajar. Ini ditambah lagi dengan peningkatan kes penyalahgunaan dadah dikalangan anak muda, khususnya remaja dan belia melayu yang beragama Islam. Sesungguhnya suatu yang amat menyedihkan apabila dilaporkan bahawa lebih 70% penagih terdiri daripada orang melayu yang beragama Islam. Marilah kita merenung sejenak, apakah masalah penyalahgunaan dadah ini tiada jalan penyelesaiannya? Apakah pula sumbangan kita dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah yang merupakan musuh nombor satu negara ini.

Antara usaha yang boleh kita lakukan ialah dengan meningkatkan pengetahuan dan maklumat tentang keburukkan najis dadah,mendapatkan kemahiran dan pengalaman melalui pertemuan-pertemuan dan perbincangan-perbincangan bersama agensi anti dadah kebangsaan (AADK),pemadam (PEMADAM) dan pertubuhan sukarela yang lain untuk merencanakan rangka kerja bagi menangani program-program anti dadah.Selain itu , kita perlu bersungguh-sungguh melaksanakan kerja-kerja pencegahan gejala dadah melalui pengukuhan nilai-nilai kerohanian dalam diri masing-masing.

Permintaan dan bekalan pelbagai jenis dadah dari jenis biasa seperti ganja, heroin dan morfin hinggalah jenis dadah generasi baru atau sintetik seperti steroid estasy, ketamin dan sebagainya sesungguhnya mengancam keselamatan negara, seterusnya membawa kepada masalah jenayah dan sosial.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Walaupun berbagai hukuman mandatori termasuk hukuman mati diperkenalkan dan dikuatkuasakan tetapi kegiatan jenayah pengedaran dan penyalahgunaan dinegara kita masih belum dapat dibasmi sepenuhnya. Pastinya usaha yang paling berkesan ialah melalui program pencegahan melalui aktiviti pendidikan, kempen berterusan dan penguatkuasaan pihak berkuasa dengan rasa penuh bertanggungjawab dan keinsafan.

Jika kita melihat keadaan fizikal penagih dadah yang kurus kering, lemah, letih, lesu dan tidak bermaya seumpama bangkai bernyawa yang pastinya tidak berupaya menyumbang apa-apa pun kepada agama dan negara. Dalam pada itu, bagi memenuhi naluri ketagihannya, mereka akan menjadi ganas, mencuri, membunuh sesiapa sahaja yang menghalang kemahuan mereka. Ibu bapa sendiri, adik-beradik dan saudara mara mereka pun sanggup dirompak dan dibunuh.

Terdapat juga kes-kes penyalahgunaan dadah melibatkan remaja dan kanak-kanak berusia seawal 10 tahun yang melepaskan ketagihan dengan menghidu gam. Terdapat juga golongan belia berusia antara 19 hingga 39 tahun menggunakan dadah jenis syabu yang mengkhayalkan. Pil-pil tersebut diperbuat daripada campuran bahan yang berbahaya seperti racun tikus dan serpihan mentol lampu, jika diambil secara berterusan boleh merosakkan saraf otak, tidak dapat berfikir secara waras dan bertindak agresif.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Statistik dinegara kita menunjukkan sejumlah 12,352 penagih telah dikesan pada tahun 2008, berbanding 14,489 pada 2007. Meskipun ada sedikit penurunan perangkaan masih menunjukkan bahawa kaum melayu Islam masih merupakan penagih yang teramai dikesan, iaitu seramai 9,562 orang bersamaan (77%) keseluruhannya . Di Negeri Selangor sahaja, sehingga bulan Mac yang lalu seramai 744 orang sedang menghuni dipusat-pusat serenti yang pastinya menjadi satu cabaran untuk mencapai hasrat Negeri Selangor bebas dadah pada tahun hadapan.

Kajian juga menunjukkan bahawa antara punca utama berlakunya penagihan dadah dikalangan anak-anak muda kita ialah kerana pengaruh kawan (55%), diikuti kerana untuk keseronokkan (21%) dan perasaan ingin mencuba atau ingin tahu (15%) serta akibat tekanan jiwa (6%).


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Para ulama' telah bersepakat bahawa penyalahgunaan dadah adalah haram disisi Islam. Mereka juga telah membuat kesimpulan bahawa semua jenis dadah termasuk dalam pengertian arak atau Himar adalah haram kerana kedua-duanya boleh memabukkan, mengkhayalkan, meletih-lesukan dan menghilangkan fungsi akal serta boleh menyebabkan ketagihan, gangguan tingkah laku dan sebagainya.

Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Maidah ayat 90 :

Maksudnya :

"Wahai orang-orang yang beriman! bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya".

Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Setiap yang memabukkan adalah Himar (arak atau dadah) dan setiap Himar (arak atau dadah) haram".

(Riwayat Muslim)


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Marilah kita renungkan dan bersama-sama menginsafi diri kita sejauh mana kita telah menjalankan tanggungjawab kita untuk menjaga anak remaja dibawah seliaan kita dan yang diamanahkan kepada kita daripada terjebak dengan penyalahgunaan dadah dan gejala munkar yang berkaitan dengannya. Jihad memerangi dadah sebagai musuh nombor satu negara menuntut setiap umat Islam memainkan peranan masing-masing dan segera bertindak sebagaimana berikut ;

(1) Pastikan anak-anak kita menunaikan ibadat solat dengan sempurna kerana ianya boleh menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara keji dan mungkar.

Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Ankabut ayat 45:

Maksudnya :

...." Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun) ; sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar ...."

(2) Laksanakan Amar Makruf dan Nahi Mungkar dalam kehidupan seharian agar anak-anak mungkar termasuk penyalahgunaan dadah.

Firman Allah S.W.T. dalam surah Ali-Imran ayat 104 :

Maksudnya :

"Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya".


Sidang jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Marilah kita bersama-sama bermuafakat berganding bahu mengatasi masalah penyalahgunaan dadah daripada terus memusnahkan generasi kita. Hanya dengan mengikut perintah Allah S.W.T. dan menjauhi segala larangannya dalam segenap lapangan hidup akan menjamin keselamatan kita dan mendapat kebahagiaan didunia dan juga diakhirat. Janganlah kita sesekali mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu sentiasa mencari jalan untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian dikalangan umat manusia.

Maksudnya :

"Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian diantara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil) ?".

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadratMu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya Negeri Selangor, sebagai Negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan. Justeru kami pohon kehadratMu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianMu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, Negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat .

Tarikh Bacaan Khutbah 8 Mei 2009.



Thursday, May 7, 2009

NOKIA E71


This Smartphone Means Business, Lets You Toggle to Personal Life

The E71 looks more like a Blackberry killer, but don't be fooled: This great white hope from Finland is a smart device that gives the iPhone a run for its money in a lot of different areas (yes, really).

Despite its obvious lack of an oversized touchscreen interface, Nokia wins points for a remarkably trim profile (10mm vs. 12.3mm), decent 3.2-megapixel camera (instead of 2.0), and the fact it's not tied to any carrier (yet). Most of all, we're stoked they avoided the overcrowded iClone bandwagon by sticking to what they do best: gorgeous hardware packed with a satisfying range of fun(ctional) features.

Setting up Nokia's Mail for Exchange program required no IT help or time. QuickOffice let us create, edit and send Word/Excel/PowerPoint files on the fly while we browsed PDFs with Adobe Acrobat Reader.

The E71 is stocked with enough apps and goodies to keep even the most overworked road warrior on the ball, but it didn't feel too "business." That's mostly due to the fact that the E71 has two separate customizable home screens. One is designed to house all of your work apps like Excel and PowerPoint while the other is geared more towards entertainment with programs for audio, video and gaming. Switching between the two is dead simple, a dedicated button at the top of the menu lets you toggle between the two screens instantly.

The phone's 2.36-inch, 320 x 240 QVGA display is only slightly smaller than the iPod Classic's, and though the resolution can't top the iPhone's, with 15 fps, the E71 is still solid for YouTube clips. The slightly rejiggered QWERTY took some getting used to (the Q-A-Z keys are flush with the chassis), but the learning curve was significantly faster than any touchscreen we've tapped: After three days of iPhoning, typos were relatively common. After three hours with the E71, they're pretty much nonexistent. Oh, and did we mention the E71's got battery life for days? Yes, literally three of them.

WIRED: Up to 8 GB in an easy-to-access, external microSD slot. Quick and seamless OS. GPS, 3G, WiFi, Bluetooth (you name it, it's basically got it). Vivid screen (even in direct sunlight). Textured stainless steel backing prevents slippage. Relatively lightweight (127 grams = 6 grams lighter than iPhone). Hit any letter on the QWERTY pad and predictive text calls up that section of your address book.

TIRED: No standard 3.5mm headphone jack. 3.2-megapixel camera's optics could be better. LED flash could be way better. N-Gage gaming platform not available. Screen's wide, but not wide enough to do a feature-length film justice. For $500, you could get TWO 8-GB, 3G JesusPhones (with $100 left over to put toward AT&T's data plan).



Tuesday, May 5, 2009

X-MEN ORIGINS- WOLVERINE SANGAT BERBALOI UNTUK DiTONTON



SYNOPSIS

The gruff, steel-clawed Marvel superhero Wolverine strikes out on his own in this X-Men spin-off starring series regular Hugh Jackman. The film is set up as an origin tale for the character, and will find him sharing the screen with Deadpool (Ryan Reynolds), Gambit (Taylor Kitsch), John Wraith (will.i.am), Victor Creed/Sabretooth (Liev Schreiber), and Col. William Stryker (Danny Huston). Academy Award-winning director Gavin Hood (Tsotsi) films a screenplay penned by Troy scribe David Benioff (Troy). Daniel Henney and Lost's Dominic Monaghan round out the supporting cast.

Monday, May 4, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN HAMITA-KHAIRUL 3 MEI 2009



view dari Kelab Golf PDRM Titiwangsa.



Dari kiri:
Illona (Ratu Kebaya), Roszi Haili, Khairul Anwar.
(Illona, ko mcm nak lepas geram ke nak lepaskan angin...?? hahahaha..)


Team pompuan bergamba ngan 'RAJA SEHARI"...


Dari kiri:
Anwar, Hafiz, Saufi, Saladdin, Rasul, Zulkarnain, Al-Hafiz, Fathinufikri,
Jamaludin (duduk).




Team lelaki lak begamba ngan pasangan 'RAJA SEHARI'...


Awin, Saufi & Syafiq (duduk).


Al-Hafiz a.k.a Gaban & Rasul Azrul.


Saladdin Arman & Jamaludin Abd Rahman.


Jamaludin & Kecik...
(sorry kecik, aku x tau name ko...)


'SOUVENIR' dari pihak pengantin...


Friday, May 1, 2009

"KERJA SEBAGAI SATU IBADAT"

Khutbah Jumaat - 01 Mei 2009/06 Jamadil Awal 1430H.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Marilah sama-sama kita bersungguh-sungguh dan berusaha untuk meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T. dengan sentiasa mematuhi dan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah S.W.T. Mudah-mudahan kita memperolehi kesejahteraan dan kerahmatan dari Allah dalam menjalani kehidupan kita didunia dan akhirat.

Sesungguhnya Islam telah mewajibkan umatnya untuk berusaha dan mencari rezeki bagi menampung kehidupan didunia ini tanpa mengira jenis pekerjaan asalkan bertepatan dengan syariat Islam. Saranan tersebut telah jelas dalam Al-Quran surah Al-A'raaf ayat 10 :

Maksudnya:

"Dan sesungguhnya kami telah menetapkan kamu (memberi kuasa) dibumi, dan kami jadikan untuk kamu padanya berbagai jalan penghidupan supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur".


Dari Ibnu Umar R.A. telah bersabda Rasulullah S.A.W. :

Maksudnya:

"Tidak diterima iman tanpa amal dan tidak diterima amalan tanpa iman".


Islam amat tegas dalam soal mencari nafkah hidup didunia. Walau bagaimanapun, Islam melarang manusia mementingkan dunia sehingga melupakan urusan akhirat. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah S.W.T. melalui firmanNya dalam surah Al-Qisas ayat 77 :

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakkan dimuka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakkan".


Sidang Jumaat sekalian,

Islam telah menetapkan satu prinsip yang jelas berkaitan sesuatu kerja yang boleh dikategorikan sebagai ibadat. Imam Ghazali dalam kitabnya Ikhya' Ulumuddin menjelaskan bahawa setiap pekerjaan itu hendaklah menepati ciri-ciri berikut iaitu :

(1) Niat dan tujuan kerja itu mestilah untuk menjunjung perintah Allah.

(2) Kerja yang dilakukan tersebut tidak bercanggah dengan syariat Allah S.W.T.

(3) Kerja yang dilakukan adalah dengan bersungguh-sungguh dan tidak memudaratkan.

(4) Kerja tersebut tidak menghalang daripada menunaikan syariat Allah S.W.T. seperti solat, puasa dan sebagainya.


Sidang Jumaat sekalian,

Asas utama kerja yang dapat diterima sebagai ibadat ialah kerja yang dilakukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah S.W.T. Kerja yang dilakukan bukan kerana Allah S.W.T. adalah sia-sia dan tidak dianggap sebagai ibadat. Betapa pentingnya niat itu sehinggakan para ulama' telah meletakkan hadis berkaitan niat sebagai mukadimah dalam kitab-kitab mereka. Contohnya dalam kitab Matan Arbain susunan Imam Nawawi Rahimullah. Sabda Rasulullah S.A.W. :

Maksudnya :

"Sesungguhnya setiap amalan itu dikira berdasarkan niat. Dan sesungguhnya amalan seseorang itu akan dinilai berdasarkan apa yang diniatkan".

( Riwayat Abu Daud )


Sidang Jumaat sekalian,

Selain dari niat yang suci kerana Allah S.W.T., pekerjaan tersebut perlu sesuai dan tidak bercanggah dengan syariat Allah. Hari ini ramai pekerja mengakui bekerja kerana Allah namun disebalik kerja yang dilakukan jelas ia bertentangan dengan Allah seperti membuka aurat, kerja ditempat yang diharamkan seperti tempat perjudian, kelab-kelab malam, tempat yang terlibat dengan riba' dan seumpamanya. Bagaimana mungkin kita boleh dikatakan kerja tersebut sebagai ibadat jika yang dilakukan bertentangan dengan syariat Allah ??

Didalam sebuah hadis riwayat Bahari bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

"Manusia yang paling rugi pada hari kiamat ialah orang yang menerima rezeki dari sumber pekerjaan yang haram hingga mereka masuk neraka".


Begitu juga terdapat sebahagian pekerja pada hari ini, kadang-kadang mereka begitu bersungguh-sungguh dengan niat yang baik dalam kerja. Namun hakikatnya, mereka tidak menjaga hubungan dengan Allah dan manusia seperti mengamalkan rasuah, salah guna kuasa, menipu, hasad dengki sesama rakan sekerja dan sering mengadu dumba. Mereka ini sebenarnya adalah orang yang rugi dalam kehidupan kerana menganggap mereka mendapat kemuliaan disisi Allah tetapi sebenarnya mereka adalah orang yang tertipu. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah S.W.T. dalam surah Hud ayat 15 :

Maksudnya :

"Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka kami akan sempurnakan hasil usaha mereka didunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikit pun padanya ".


Dalam memenuhi syarat untuk menjadikan kerja sebagai satu ibadat seterusnya ialah setiap pekerjaan perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kerja yang dilakukan dapat memenuhi kehendak pelanggan dan dapat meningkatkan produktiviti serta memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan. Setiap pekerja perlu berusaha dengan sebaik mungkin dan sedia menghadapi segala karenah dengan bersikap sabar, tekun, berwawasan dan seumpamanya. Adalah merupakan satu kesalahan jika kerja yang diamanahkan dibuat sambil lewa. Islam begitu tegas berkaitan kerja secara bersungguh-sungguh ini sehingga dijelaskan oleh Nabi S.A.W. :

Maksudnya :

"Sesungguhnya Allah S.W.T. suka apabila seseorang diantara kamu melakukan sesuatu pekerjaan ia melakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh".

(Riwayat At-Tabrani)


Sidang Jumaat sekalian,

Apa pun kedudukan kita dalam pekerjaan, kita akan dipersoalkan dan akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah S.W.T. Sama ada kita sebagai majikan ataupun sebagai pekerja, kita wajib untuk melaksanakan segala amanah yang dipikul. Kita juga wajib mematuhi segala peraturan dan hukum yang telah digariskan oleh Islam. Sabda Nabi S.A.W. :

Maksudnya :

"Bahawa sesungguhnya setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipersoalkan tentang kepimpinan, pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan dipersoalkan tentang kepimpinannya".

(Riwayat Muslim)


Sidang Jumaat sekalian,

Marilah kita bersama-sama bertekad dan menguatkan azam untuk meningkatkan kualiti kerja supaya kerja kita dinilai sebagai ibadat oleh Allah S.W.T. Semoga kehidupan kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T didunia dan diakhirat.

Maksudnya :

"Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sudah tetap kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya".


Sidang Jumaat yang dikasihi,

Pada khutbah yang kedua ini saya ingin berpesan kepada diri saya dan saudara-saudara semua tentang setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah merupakan satu ibadat dengan syarat kerja-kerja yang dilakukan mestilah pekerjaan yang halal. Begitu juga setiap umat Islam wajib bekerja menyara hidup dan Allah memberi ganjaran syurga dan pengampunan kepada orang yang bekerja dengan cara yang halal.

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadratMu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya Negeri Selangor, sebagai Negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan. Justeru kami pohon kehadratMu Ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianMu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian Negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

*Teks Khutbah dipetik daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...