Followers
Wednesday, November 14, 2012
Monday, October 15, 2012
Friday, October 5, 2012
How to Deactivate Your Facebook Account
Do you really want to deactivate your Facebook account? Yes!! I do!
On a different note, have you ever wondered how much power these two words "I do" have, to make or spoil (mostly spoil :P ) your life! :D #Gyaan
- Click the account menu at the top right of any Facebook page
- Choose Account Settings
- Select Security from the left-hand menu
- Click on "Deactivate your account"
Monday, August 20, 2012
Thursday, August 2, 2012
Baju Raya (Couple Set)
kpd yg berkenan, boleh ar usha2 kat bazar Lorong Tuanku Abdul Rahman gerai no. 343
Monday, July 2, 2012
White Water Rafting Kampar River, Perak
Labels:
PICTURE STORY
Sunday, June 24, 2012
Saturday, June 16, 2012
"Abah, bagilah balik tangan Ita...!!"
Sebuah cerita sedih tentang sebuah keluarga, harap korang baca sampai habis cerita ni. Memang menyayat hati dan memberi banyai pengajaran kepada kita terutama kepada mereka yang sudah dan akan berumahtangga.
Kisah Si Kecil Ita...
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sepena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah. Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.
Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?'
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !' 'Saya tak tahu Tuan..!' 'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si isteri lagi.
Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan ?!' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.
'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik.
Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan.
Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.
'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik.
Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan.
Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.
Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata... 'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..
'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..
Labels:
STORY
Tuesday, May 22, 2012
Friday, March 23, 2012
Wednesday, February 15, 2012
KASIH SAYANG SUGAR GLIDER TERHADAP ANAKNYA
Labels:
PICTURE STORY
Sunday, February 12, 2012
JADUAL PASAR MALAM SEKITAR KUALA LUMPUR
Jadual Pasar Malam, Hari dan Lokasinya:
Hari : Isnin (Monday)
Lokasi:
Hari : Isnin (Monday)
Lokasi:
- Seksyen 1, Wangsa Maju
- Taman Len Seng, Cheras
- Jalan Air Panas, Setapak
- Kampung Kerinchi, Bangsar (I)
- Sentul Pasar Dalam 4B
- Jalan Kangsar Off Jalan Ipoh
- Desa Pandan, Kampung Pandan
- Taman Miharja Fasa II
- Taman Koop Polis Fasa 2
- Taman Sri Sinar, Segambut
- Taman Sri Murni
Hari : Selasa (Tuesday)
Lokasi:
Lokasi:
- Taman Desa Bakti, Selayang
- Kampung Kasippillay Off Jalan Ipoh
- Rumah Pangsa Razak Mansion
- Jalan Bangsawan, Bandar Tun Razak
- Taman Datuk Senu, Sentul
- Rumah Pangsa Gombak 1ATaman Kok Lian, Segambut
- Kampung Pasir Lama Off Jalan Klang Lama
- Rumah Panjang 1A, Jinjang
- Taman Pertama, Cheras
- Jalan Chemur, Pekeliling
- Taman Sri Petaling, Sungai Besi
- Jalan Air Bah, Setapak
- Taman Intan Baiduri, Kepong
- Jalan 133 Kepong
- Jalan 25/56, Keramat Wangsa
Hari : Rabu (Wednesday)
Lokasi:
Lokasi:
- Taman Desa Petaling
- Kuchai Enterprenurs Park
- Jalan Kolam Air Off Jalan Ipoh
- Rumah Pangsa Sri Melaka, Cheras
- Jalan K, Taman Batu, Segambut
- Taman Connought, Cheras
- Taman Beringin, Jinjang
- Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi
- Kuaters Hospital Kuala Lumpur
- Pantai Dalam, Bangsar
- Jalan Wira, Kampung Pandan
- Jalan Gempita, Salak Selatan
- Seksyen 10, Wangsa Maju
- Rumah Pangsa Sri Pahang, Bangsar
- Jalan 2A/146, Desa Tasek, Sg Besi
- Jalan Batu 2, Taman Batu Muda
Hari : Khamis (Thursday)
Lokasi:
Lokasi:
- Jalan Ikan Emas, Cheras
- Jalan Berhala, Brickfield
- Jalan Hujan Emas, OUG
- Flat Sri Terengganu, Sentul
- Taman Sri Rampai, Setapak
- Taman Taynton, Cheras
- PKNS, Jalan Kuching
- Jalan Kas-Kas, Taman Cheras
- Kampung Haji Abdullah Hukum, Bangsar
- Taman Sri Sentosa, Klang LamaPasar Malam Awam Bandar Tun Razak
- Jalan 4/146, Bandar Tasek Selatan
- Jalan A1/6, Taman Setapak Indah
Hari : Jumaat (Friday)
Lokasi :
Lokasi :
- Taman Melati, Gombak
- Taman Desa Off Jalan Klang Lama
- Taman Mastiara, Segambut
- Jalan Sibu 6, Taman Wahyu
- Taman Segar, Cheras
- Taman Kok Doh, Segambut
- Taman Sri Endah, Sungai Besi
- Jalan Ang Seng, Brickfield
- Bandar Baru Sentul
- Kampung Cheras Baru, Cheras
- Kg Kerinchi, Bangsar (J)
- Jalan 20/2A, Taman Wilayah Selayang
- Jalan 31/10A, Taman Perindustrian IKS
Hari : Sabtu (Saturday)
Lokasi:
Lokasi:
- Taman Bukit Anggerik, Cheras
- Lorong Tuanku Abdul Rahman
- Jalan Udang Siar, Segambut
- Pekan Sungai Besi
- AU2 Keramat
- Jalan Rejang, Setapak Jaya
- Jalan Kelab, Jinjang
- Taman Sungai Besi
- Taman Miharja Fasa 1
- Jalan Lazat, Happy Garden
- Pantai Dalam, Bangsar
- Taman Midah, Cheras
- Taman Sri Bintang, Kepong
- Taman Koop Polis Fasa 1
- Pasar Malam Awam Bandar Tun Razak
Hari: Ahad (Sunday)
Lokasi:
Lokasi:
- Titikaya, Jinjang
- Jalan Semarak, Setapak
- Taman Maluri, Cheras
- Jalan Selesa, Happy Garden
- Jalan Telawi Bangsar
- Taman Bukit Maluri, Kepong
- Taman Tun Dr. Ismail
- Jalan Mergastua, Kepong
- Jalan Kelapa Gading, Segambut
- Rumah Pangsa Sri Selangor, San Peng
- Taman Sri Kuching, off Jalan Ipoh
Labels:
Info
Monday, February 6, 2012
Wednesday, February 1, 2012
SELAMAT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN
SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN KEPADA SEMUA WARGA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN & WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.
Sunday, January 29, 2012
CELEBRATE ADVANCE BIRTHDAY
OUR BIRTHDAY CAKE
|
CELEBRATE ADVANCE BIRTHDAY BOY & BIRTHDAY GIRL.
NISA (30 JAN) & RUDY (29 JAN).
NISA (BIRTHDAY GIRL)
RUDY SYAH (BIRTHDAY BOY)
DAYAH
SECRET RECIPE WANGSA WALK MALL
Labels:
PICTURE STORY
Friday, January 13, 2012
PANDUAN SOLAT JENAZAH
Seringkali kita lihat di sekeliling kita satu persatu orang pergi meninggalkan keluarga dan sahabat handai, itu dinamakan sudah ajal. Apabila seseorang itu mati, maka menjadi tanggungjawab sesetengah daripada manusia di sekelilingnya untuk menguruskan jenazahnya kerana menguruskan jenazah hukumnya fardhu kifayah yakni jika ada satu golongan sudah melaksanakannya, maka semua golongan di sesuatu tempat itu terlepas dari dosa besar.
Walaupun hukumnya fardhu kifayah, apa yang dapat aku lihat masih ramai yang tidak mengetahui bagaimana untuk melakukan solat jenazah. Sebaik-baik mayat yang disolatkan adalah diimamkan oleh anaknya sendiri. Jadi cuba korang tepuk dada dan tanya diri sendiri, apakah aku mengerti melakukan solat jenazah jika orang tuaku meninggal kelak? Tidak malukah jika membiarkan penghormatan terakhir (solat) dilakukan oleh orang lain dari keluarga sendiri?
Kaifiat Perlakuan Solat Jenazah :
Solat Jenazah merupakan salah satu bentuk doa dari manusia yang hidup kepada si mati agar dikurangkan bebanan atau menambahkan lagi martabat si mati di sisi Allah, bukanlah sebagai "cara" untuk menghapuskan segala dosa si mati...Itu semua Hak Allah. Melaksanakan solat Jenazah secara asasnya hukumnya fardhu kifayah. Namun begitu adalah wajib untuk setiap individu belajar dan memahami serta menguasai cara perlaksanaan solat Jenazah.
Adalah digalakkan kepada kita untuk mendirikan solat jenazah sekurang-kurangnya tiga (3) saf / baris walaupun baris itu pendek. Pernyataan ini dibuat berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Barangsiapa yang disolatkan oleh tiga baris kaum muslimin, maka telah diwajibkan ke atas jenazah itu masuk syurga." (Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud).
SYARAT SAH SOLAT JENAZAH
1) Wajib menutup aurat
2) Suci daripada hadas kecil dan besar serta daripada najis.
3) Menghadap kiblat.
Persediaan solat jenazah:
- Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.
- Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
- Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
- Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Disarankan saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di hadapan.
Cara solat jenazah:
1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut:
2. Mengangkat takbir pertama (اَ للهُ اَكْبَرُ) berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah.
3. Mengangkat takbir kedua (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w seperti berikut.
4. Mengangkat takbir ketiga (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa seperti berikut.
5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir
(اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa berikut.
6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
Selesai beri salam, korang bolelah membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali), ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.
————————-
Di atas adalah panduan lengkap bagi yang ingin berlajar bersungguh-sungguh tentang solat jenazah dan jika korang dalam kategori susah untuk mengingati dan menghafal panduan di atas, bolehlah lihat panduan ringkas yang turut aku sediakan di bawah. Yang penting kita mesti tahu bagaimana untuk melaksanakan solat jenazah.
1. Niat dalam hati sambil melafazkan takbir (اَ للهُ اَكْبَرُ) seperti berikut:Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.Kemudian baca surah Al-Fatihah.2. Setelah takbir kedua, baca selawat ke atas Nabi.Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.3. Setelah takbir ketiga, baca doa berikut.Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.4. Setelah takbir keempat, beri salam ke kiri dan ke kanan.
Nota: Artikel ini dinukilkan setelah merujuk kepada Ustaz Nor Amin, Ustaz Azhar Idrus, http://syahirul.com dan Ustaz Ismail Kamus (Buku Indahnya Hidup Bersyariat, 2009, Telaga Biru Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.)
Labels:
Info
Subscribe to:
Posts (Atom)